___________________________________________________

MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA

Sunday, February 22, 2009

ASTRO mai dahhh...





Ini adalah gambar abang astro yang kat atas bumbung rumah akak. Tinggi nun tu... menurut ceritanya dia pernah jatuh dari tingkat 2. Tapi kat sini dia amik pre- caution ikat tangga dulu... Sekarang dah dapat tengok astro... tapi mat astro ni kena datang lagi untuk pasang splitter pulak.




Ni pulak gambar anak dara saya yang ikut berposing di tingkap. Control ayu lah tu !

ADT...!

The husband decide untuk pasang security alarm dari ADT http://www.adt.com/ . Terkezut akak dengar . Bukannya apa ... akak dah bersihkan rumah tu cik abang oiii. Memula memang akak marah sangat sebab ia melibatkan drilling lagi untuk wiring. Bab drill - men 'drill' memang tak habis-habis lagi dari mula... wiring, curtain, sekarang ADT pulak!. So, hari yang dijanjikan pun tiba. Semalam seharian kami sekeluarga berkurung di rumah disebabkan wireman ADT busy dengan kerja mereka. Kalau lah rumah tu masih kosong atau orang2 nya kami kenal - mesti kami dah tinggalkan rumah tu - pergi shopping ker, tengok wayang ker... sib baik citer UPIN dan IPIN tu dah tengok last week... memang best... congrats to them yang menjayakannya. Kalau ada next movie mesti nak tengok....

Panjang lak selingan akak. Pasal ADT tu rupanya dia tebuk lubang untuk lalukan wire dan dipasang alat (sensor) di semua tempat yang di 'anggap' boleh menjadi laluan kepada 'penyamun' yang sekarang ni semakin berleluasa. Memang ngeri kalau ikuti berita - kes samun menjadi-jadi- main kelar, tikam, bunuh... dulu-dulu masa akak kecik-kecik semua tu boleh tengok dalam TV ajer- itupun citer omputih. Nilai kemanusiaan semakin nipis.. Banyakkanlah berdoa semoga keluarga dan rakan- rakan kita selamat...

Gambar? Malas akak nak ngambik gambar adik-adik yang bertungkus lumus mendebukan semula rumah akak tu... dari pagi hingga lebih kurang pukul 6.30 petang baru habis... hujan pulak turun mencurah -curah setelah lama panas terik - hujan rahmat...

The husband tanya "tingkat atas kita pakai 'casing' ajerlah"... No no no mana boleh macam tu. Biarlah berdebu- akak rela daripada rumah akak berselirat dengan casing tu nanti. Silap besar kami tak include dari awal kan... so, mana nak dapat kod cat tu pulak - minta kat Ken** lah...

Penat memang penat , habis langsir akak terburai dan berhabuk... dik kalau k. Ya** ( the langsir consultant ) tu nampak mesti bengang... akak leh geleng kepala aje.
But the sweet part my husband belikan vacum cleaner baru dan dan tu jugak... hadiah untuk mama - kata Boy... tima kacih !

Sunday, February 1, 2009

Shermenns Bathroom Accessories

We have 5 bathrooms - not even one is fully decorated yet... Ada jugak pi jenguk2 kedai mana yang patut tapi buat masa sekarang ni tak dapat lah nak buat untuk semua sekali. We plan untuk beli sikit-sikit dulu... Actually my husband lebih berminat kepada penggunaan kabinet kayu di dalam bilik mandi macam kat IKEA tu... but I prefer kalau semuanya stainless steel especially untuk ruang yang kecil. Katanya nak sama macam our villa di Saudi... tapi masa tu bilik air memang betul2 kering ... baru lah boleh guna kayu. Beza dengan sekarang, mandi sahaja kalau tak basah satu bilik air tu tak sah lah kan... dengan anak2 lagi ...
oh tidak...!!!



Stainless Steel nampak moden, kemas, ringkas dan bergaya. Tapi harganya pun boleh tahan kan? However, untuk masterbathroom he still want to use wooden cabinet and we also start looking for it... just for future plan... because the price ... ahaks too expensive actually for solid wood...

Di Shermenns kami jumpa a few little thing... yang besar2 pun banyak... tapi takde peruntukan lah... kena tunggu RMK10 nanti... So, dapt lah a few bilik mandi di guestroom dan bilik girl... and Shermenns also make the installation for us... tu yang akak suka...

Wednesday, January 28, 2009

Dekorasi laman- penuh lalang


Masalah terbesar bila lalang tumbuh kan... memang tak sabar rasanya nak tanam rumput...

pandangan sisi...

Gambar sudut belakang...

Gambar belakang rumah...

pandangan sisi

gambar sudut hadapan...



*** By the way ... my best fren from KL nak mai this coming Saturday... malu tak rumah semak lagi... hahaha




Curtain Fair I

Alhamdulillah... at last rumah kami dapat curtain baru... Kak Ya** memang hebat. Dia berjaya siapkan keseluruhan dalam masa hanya 2 minggu. Actually, i just asked her to finish the day- curtain in a week. Then, katanya nak siapkan semuanya dalam 2 minggu. And... here it is!




Ni curtain untuk family hall ( level 1). Designnya yang paling saya suka... Padanan warna pun cantik. Nampak tak ada juraian crystal kecil di hujung palmet tu... saya tak mintak pun design yang sebegitu... yang saya ingat K. Ya** pernah tanya kalau saya nak design potong- cantum... Then i asked my husband... of course he has no ideas about that... tapi dia ada jawab dalam bilik boleh lah... itulah yang saya beritahu K. Ya**.


Here is my girl room... kata my sis - ni pattern yang simple but nice... the fabric and the color look nice ... dah memanglah sebab harga per meter up sikitlah dari yang lain2 tu... bilik ni memang mentenance tinggi - bilik anak dara lah katakan!


So, here is bilik boy... kainnya yang last sekali kami jumpa - sebab boy nak juga color hijau... pening melilau satu kedai mencarinya... last2 K. Ya** kata "ambik yang inilah, bila dah jadi nanti cantik..." . Inilah hasilnya! Kain jenis kilat sikit tapi tetap yang paling murah ... since boy tak tahu takpe .... hehehe





Ni gambar kat master bedroom. Tingkap yang ada workstation tu kami gunakan roman blind - Actually, agak susah nak tarik dan turun walaupun nampak menarik. I think it's better kalau kami buat 2 set ... tingkap tu kan besar... tapi tak terfikir lah pulak sehinggalah dah terpasang... masih menggunakan teknik potong cantum tapi night curtain nya adalah lapisan paling bawah sebab ia sangat berguna pada waktu malam... betul kan?

so, itu sahajalah curtain review untuk kali ini... Still advertise - Pada sesiapa yang berminat untuk tempahan langsir bolehlah tinggalkan message untuk dapatkan contact no. K. Ya**... Dia tak suruh pun saya iklankan tapi saya rasa bayarannya pun 'reasonable'...

Friday, January 23, 2009

View from my room..

Ni adalah gambar2 yang diambil dari bilik saya... dulu saya pernah bercerita kalau sekarang ini rumah2 semiD satu tingkat masih dalam pembikinan... dijangka akan siap sepenuhnya tahun 2010.



So, keadaan sekeliling memang agak lengang. Bila malam sunyi sangat. Dan saya sangat regret kerana masa kami beli dulu the sales person bagitau yang sebelah rumah kami adalah rumah semi D satu tingkat tapi disebabkan demand yang tinggi ... telah dibangunkan semi D 2 tingkat... Sebenarnya impact nya sangat besar kepada kami... Sepatutnya pemandangan family area dan bilik boy ialah pemandangan bukit yang sangat indah (?) . ... tapi sekarang cuma nampak tingkap rumah orang aje... takde rezeki kami... frankly memang rasa tertipu si developer .. tapi apa boleh buat...




Gambar show house double storey semiD... Actually, design lebih cantik dari rumah kami... pagar nya pun cantik tau... Pastu bathroom semua siap, master bathroom ada bath tub yang cantik lagi dan well design... jeles u!... Rumah ni cuma ada 3 bathroom yang besar2 tapi rumah saya tu ada 5 bathroom yang comel2....

Sunday, January 18, 2009

cantiknya....




cantik kan kalau ada laman yang luas macam ni... Bayangkan anak2 kita berlari2 di laman pada waktu petang ... indah sungguh... gambar ni dari http://www.chengalwood.com/product.php. Boleh lah check di sini kalau nak beli product kayu untuk dekorasi laman. Cengal you! teringat one fren yang minat sungguh dengan produk kayu ni... Pagar depa dari kayu cengal yang dibawa khas dari Terengganu... Aku pulak cuma melihat2 design dia yang cantik2 tu. Bila memandang laman dengan rumput menghijau rasa sejuk betul mata dan hati... oppss...

Thursday, January 15, 2009

Cara Menanam Rumput Carpet

Conversation with husband last weekend ... He wanna start decorate his 'laman' yang sekangkang kera itu... Thinking of it again, memang mudah kalau kita suruh lanscape designer yang buatkan ... uhuk... But this time rasanya macam nak buat sendiri... maybe we will be more excited dari just hire ' a dedicated consultant'. Lagipun sekarang ni ekonomi meleset kan...? A few research on the internet done. As for me, this website really help .... http://www.mynormas.com/

Banyak panduan yang boleh kita perolehi ... Yang bagusnya segala maklumatnya ikhlas dan percuma lagi... Tx to Mr. Normas... Beliau seorang yang berpengalaman dan mencurahkan idea bukan semata2 teori dan dari buku tapi dari pengalaman sendiri juga...

Actually, this is my opinion - not telling and discussing with husband yet... We will 'hire' or asked someone to do the 'cleaning and drainage'. But afterthat we will do the plant. Is it real..? I don't know yet... More research gonna be done... I try to prepare a guideline first... I hope it will be my interesting project...





Pictures from http://bumilandscape.com/


Tuesday, January 13, 2009

.... Missing....

Ini adalah gambar dalam 3D design. Tujuan Ken** adalah untuk tutup sedikit bahagian tangga tu... Dia gunakan divider daripada kayu dan kaca. Dari atas kaca tu ada lampu yang menyuluh ke bawah... Ken** dah siapkan wiring and it still there... Tapi nampak macam pelik sikit kan...? Tak tahulah kalau dah jadi rupa macamana. Buat masa ni kami rasa tak perlu...

Ni pula design untuk bahagian tangga... dan juga sedikit dekorasi pada pintu stor. Actually, untuk staircase kami perlu tumpukan sedikit masa untuk fikir material apa yang sesuai. So, so and so, memang takkan wujud apa2 perubahan dalam masa terdekat ni... Tapi untuk pintu stor tu nice jugaklah kan.. cuma cermin2 ni pun tak sesuai dengan anak2ku... Apa-apapun just nak simpan gambar ni di sini... untuk tatapan...

Monday, January 12, 2009

Jogging, tracking and hiking...

Wah... dasat tajuk nya kan! Weekend lepas... kami berazam untuk joging di sekitar kawasan rumah kami... Sebab bila pagi dan waktu petang ramai yang berjoging memanjat bukit... kami tak tahu mereka menuju ke mana.

So, pagi Ahad tu kami kejutkan anak2 seawal pagi... nak joging tak payah mandi dulu... Syira pun kena bangun jugak. Kami berenam pun mula menapak...Syira dok diam dalam stroller. Memang nyaman pagi tu.. Angin sepoi2 bahasa... Mentari masih di balik awan.. ecewah! Anak2 dan husband berlari2 anak... aku cuma berjalan sambil menolak stroller syira... kami menuju ke tangki air di atas bukit ... jalan tutup.

Berpatah balik dan menuju arah belakang... Husband di hadapan berjalan memanjat bukit... Agak jauh juga melalui bukit tanah merah yang sangat tinggi... Masa ni tiada orang lain kecuali kami sekeluarga... Aku masih menolak kereta Syira di atas jalan tanah merah... Cuaca nyaman tapi ada runtuhan batu2 kecil yang berlonggok di kaki bukit... Suspen pun ye jugak... Anginpun agak kuat bertiup... Baby yang sampai dulu menjerit2 memanggil kami... Ada sesuatu yang nak ditunjukkan...

Apabila kami sampai di hujung sana... rupanya terbentang pemandangan yang cantik Kami berada di puncak bukit dan di bawahnya adalah pemandangan bangunan2 di MITC... Cantik dan luas pemandangannya... Patut lah selalu ada ramai orang yang menuju ke situ (kawasan bukit dan hutan kecil). Saya kata ke husband "Rugi tak bawak kamera... " dan husband menjawab " Nak masuk dalam blog lah tu..."... InsyaAllah kalau kami berkesempatan berjoging dan hiking lagi boleh lah saya masukkan gambar di sini...

Adios.

Wednesday, January 7, 2009

... More on living !






Ni gambar2 living room yang diambil pada waktu malam... Tak tahulah kenapa banyak pulak masalah nak upload gambar2 ni... tu yang tak kuar2 tu...



Cat vs Crocs

Cat tu dibeli di Jarir Bookstore - Al-Khobar untuk Sarah dan Crocs tu hadiah dari my x- roomate (Kiki) masa birthday i - 16 tahun yang lalu. Punya lama kan.. tapi masih berseri--- Thank you KIKI!


Cara- cara Membasuh 'Teddy Bear' dan kawan2.....

Al- kisah kulihat banyak jugak patung2 berbulu ni kat rumah mak... Semenjak kami pindah-randah... benda2 tu tak dapat dikesan. Sekarang bila dah jumpa semula, dan anak-anak nak main sumer dah tak serupa 'orang' hahaha --- aku teringin nak mencuci nya. Dulu aku masuk washing machine pastu tumble dry ... settled!

Ni selepas di spin...

Beruang tiga sekawan ! Tak ingat asal- usul dari kutub mana ? Rasanya orang2 hadiahkan untuk anak2 pompuanku la ni...


Tapi kali ini, aku jumpa cara yang lebih berkesan. Walaupun agak leceh. Anak2 punya pasal kan...lagipun setiap satu ada kenangan tersendiri...

So, boleh lah cuba caranya;

1. Rendam dengan - softlan/ nappy clean/ soft detergent. (x merbahaya untuk anak2)
2. Berus mana- mana bahagian yang agak kotor... sehingga bersih!
3. Bilas sebersih-bersihnya dengan air yang bersih sehingga bersih...
4. Masukkan ke dalam washing machine dan spin... (yang saya guna front loading w.m)
5. Keluarkan - dah kering tapi... tunggu....
6. Gunakan hair dryer untuk menggebukan bulunya semula...
7. Sedia diguna dan anak-anak pun gembira...


*** Aktiviti ini boleh dibuat bersama anak2 di hujung minggu....


Selamat Mencuba!

Monday, January 5, 2009

Curtain Hunting!

Ingat tak... curtain for living room at first i deal with Ken**... but afterthat cancelled it due to not in stock ... have to wait a month kalau tak salah. Frankly, if i teruskan dengan Ken** hari tu .. dah lama dah rumah i ni ber'curtain'. Lately, bz sangat... every weekend penuh dgn acara... maklumlah cuti sekolah. Anak2 pun dah pandai susun jadual sendiri. So, until now rumah tu 'togel'. I used my mom old curtain tapi saiz nya out sebab tingkap dan pintu ni tinggi2. So, cuti 1st Jan 09 - I pi ke Tangkak. Actually Tangkak memang dekat dgn rumah... But when i reached there i jadi begitu blurr... Bukan tak pernah sampai Tangkak, biasanya curtain rumah Mak pun i yang pilihkan bersama-sama. Tak tahu kenapa ... maybe sebab takde satu pun yang betul2 attract us... I only bought a sheer curtain for living and family area... Cuba jugak nak carik sheer untuk bilik2 tapi memang tak pandai... At last, kami balik jer dulu...

Curtain hunting diteruskan--- i need my curtain consultant cum the tailor , K. Ya**. Thank you for helping me that much. Kalau tak memang akak mati kutu ... huhuhu udah nya akak dengar ajer what K. Ya** suggested.. pastu dia kira kan berapa meter yang nak diguna... and the Amoi cuma potongkan... But all this tak berlaku di Tangkak sebab K.Ya** prefer ke Tampin ( dekat dengan rumahnya). So, berbondong-bondonglah kami ke Tampin. We actually never been in Tampin before... Besar dan sibuk jugak bandar Tampin. Dalam 2 jam jugak kami di kedai langsir (2-4 ptg) Anak2 pun dah menjerit kelaparan.

At first diorang memang okay, main hide and seek celah2 kain langsir... tapi kalau dah sampai 2 jam saper yang tahan... akak pun dah setengah pengsan... Nasib baik lah boleh selamba2 menyusukan Dhia sebab tak ramai orang... Habis ajer membeli... kami terjah pizza hut yag bersebelahan ajer... Disebabkan anak-anak yang bermacam ragam, kami terlupa nak mempelawa K. Ya** and family untuk minum sekali.

Kalau sesaper nak tempah langsir bolehlah cari dia... sampai ke KL dia cover... One big project dia ialah bilik pengantin anak bekas Ketua Menteri Melaka di Bangsar... Wah hebat jugak kak ye...

Berbalik pada cerita curtain memang bulat2 kuserah pada dia ... dari pattern hinggalah ke kain.. pattern pun berjenis2, akak pun tak ingat pattern apa yang dipilih... So, i harap lah bila dah siap nanti okay & memuaskan hati ...

Seriously, I have no idea about the curtain....


Tuesday, December 30, 2008

Tapestry design - Merinos Carpet

Huwaaa... Hampir 2 tahun bergulung dan berbungkus dalam plastik. Akhirnya dapat jugak kubentangkan... Tak pasti ia sejenis carpet atau rug... tapi masa di Saudi ia jadi popular among us. .. and it washable too. Ada one of our fren asked me... betul ker kita beli carpet ni dengan harga *ni* sebab ia nampak begitu 'humble'... hahaha (mungkin itulah perkataan yang sesuai). Mesti orang tak percaya kalau disebutkan harganya.



Memang rasa tak sabar nak guna... So, dapat lah kuhamparkan. Dalam hati terselit rasa sayang tapi husband awal2 dah sound "Kalau taknak guna , lain kali tak payah beli..." Bila husband nak ke sana... boleh kirim ker? huwaaa....



Sorry gambar pun kabur...

Monday, December 29, 2008

Lorenzo vs Rozel ...after Courts


LORENZO sofa set


Petang semalam kebetulan husband tak jadi balik ke KL ( on-call ). So, kami rush ke Courts.. our intention nak belikan abang katil F1... tapi bila sampai memang ada banyak sales tapi takde satu pun yang berjaya menarik mata dan hati kami... Agak kaciwa jugak.. katil abang pun tak jadik disambar- delayed again.

Afterthat... thinking of men'survey' sofa sets... kebetulan one stop center kat Semabok.. berderet2 kedai perabot tak habis round sehari turun naik kedai 3 tingkat. Dari perabot jati, Bali, perabot terpakai import, Milan, Rozel, Lorenzo, Cellini, Cavenci, dan banyak lagi... serius memang banyak !

Kami pun redah lah masuk kedai perabot import terpakai... biasalah takde yang entertain- muka cam tak mampu beli kot... Pastu kami pi ke LORENZO ....http://lorenzo-international.com/ yang bersebelahan ajer dengan kedai perabot tadi... SALES 50%. Turun naik 3 tingkat... harga yang paling murah pun dalam 6K plus after discount. Takde salesperson pun pedulikan kami... Sofa set yang kami tengok tak banyak design. And a few yang half leather, half PVC not using full leather. Design agak lebih kurang sama --- same goes to dining... not really attract us...memang design untuk rumah2 yang luxury kot... Husband kata tak cantik, i'm not sure in what way - about money kot... hahaha

Disebabkan dah ke Lorenzo, kami perlu kan comparison - kami pun ke ROZEL ........http://www.furnipoint.com/index.php/rozel/ pulak... Wah kat sini kami dapat layanan yang baik.. that saleslady bagi macam2 explaination.. here only 20-25% discount, all full leather and a few design yang husband suka. Actually, husband tak pernah setuju when i propose to buy leather sofa... but after a few try... nampak macam dia dah suka - siap tanya lagi offer tu valid sampai bila. Ropenya beli barangan import ni lambat dapat ... sampai sebulan katanya. manalah akak tahu...


Ni antara yang husband suka.- tapi L-shape tu tak sesuai lah kan! Yang bawah tu i yang suka agaknya sebab harga paling rendah dan saiznya sederhana ... hehehe




But think about size - memang agak lebarlah - tak sure sesuai tak degan rumah kami- before that sempat singgah di Perabot jati (Bali STyle) tapi this time semuanya natural color. Tak macam one kedai we all pegi sebelum ni - banyak yang match dgn color scheme rumah kami.

Then, bila I balik rumah .. cerita dgn my sister harga sofa ada yang sampai 20K and above...she said " pergi kedai biasa sudah ler.." but I'm not agree with her because kalau sekarang i tak cuba menjejak kedai perabot .. once i dah beli jangan harap nak buat macam sekarang ni .. turun naik kedai.. betul tak?

Sebenarnya kami at first dah terbekenan one set - kayu and fabric but reganya lebih mahal dari full leather yang di survey... tu yang payah tu. Silap2 angkat semula sofa kuning yang kami pakai masa di Kota Damansara dulu... hah boleh tak?

Actually buat apa2 pun kena put a budget first.. barulah ada guideline. Kalau tidak rambang sungguh mata ini...My problem is tak tahu size yang sesuai dengan luas living yang terhad...