___________________________________________________

MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA

Thursday, November 5, 2009

Bukan Gambar Raya



Boy dah lama nak amik gambar family... sejak Dikya ada belum wujud lagi gambar family... Niat di hati nak amik gambar kat studio pun masih belum tercapai. So, one day tu boy paksa kami semua berposing walaupun w/o abah and takde cameraman yang bagus... ala blur2 gituh.. layan aje lah... anak bujang mama sorang ni...

Tuesday, October 20, 2009

Raya Sakan!

lama betul saya tak menjengah blog ni...

Kehangatan beraya dah tamat. Sambutan raya kami sekeluarga amat panjang kurasakan. Cuti seminggu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebelum raya dan raya pertama Syawal kami raikan di Kuantan walaupun dalam suasana yang berlainan tanpa mak/maktok tersayang. Masih meriah meraikan raya di Ganchong bersama tok2 sedara dan lain-lain.

Raya kedua beraya di Melaka. Malam raya ketiga pusing-pusing Melaka dengan Rivercruise ... Suasana malam di Melaka memang indah dan sempat Bangah n family/Nenek dan Moksu bermalam di teratak kami. Itulah kali pertama mereka berkesempatan bermalam di sini. Pagi2 kami semua balik ke rumah mak... almaklum raya dan memang kebetulan kawan lama yang masih di Saudi nak datang beraya.

Petang tu kami tergesa-gesa bertolak ke KLIA untuk menghantar anak saudara yang melanjutkan pelajaran ke UK. Memang semuanya unplanned... kami teruskan perjalanan raya ke Kuala Lumpur sebab abah dah mula bertugas. Dua hari lepak di KL, malam baru berkesempatan jalan-jalan raya... dapat lah pi rumah makcik Juju. Pagi Sabtu kami bertolak balik dan singgah di Salak Tinggi...jemputan raya dari opismate abah dgn hidangan nasi ayam yang sedap, thanks Ida...

Perjuangan raya masih belum selesai tapi sempat jugak borong tikar dan bunga hiasan di Nilai 3... sampai di Melaka berkejar ke rumah sepupu yang buat open house merangkap house warming... cantik rumah Ina ... luas dan selesa... menu nya pun sedap nasi tomato catering... Masa ni rupa kami anak beranak toksah cerita... janji jemputan dipenuhi...

Sampai di rumah mak semula dah maghrib... sangat penat tapi puashati...

Itulah kisah raya kami...

Minggu berikutnya baru berkesempatan beraya di teratak sendiri... Kawan dan saudara terdekat kami jemput... Alhamdulillah sambutan yang amat sederhana makcik/pakcik, pak andak/mak andak, pakcik manap dan ibu rozie... sepupu2ku dan kawan-kawan mana yang sempat. Terima kasih sebab sudi datang. Disebabkan kekangan masa semuanya sempoi ajer tapi meriah jugak... seronok dapat beraya di rumah sendiri buat kali pertama....

Tapi yang tak bestnya kami tak amik sekeping gambarpun untuk kenang-kenangan...

Adios...






Tuesday, May 12, 2009

Rumput Menghijau









Wah seronoknya. Rumput yang kami tanam dah mula menghijau. Adik dari nursery tu datang hari-hari untuk siram. Mengikut contract memang dia kena pastikan rumput tu tumbuh cantik. Kalau ada rumput yang mati, kena gantilah,... bahagian belakang ni still ada yang masih kuning-kuning waluaupun ada tanda yang dia akan terus hidup. Maklumlah sekarang musim panas. Teruk jugak lah penjagaannya tapi dia cuma siram sekali sehari (sebelah petang) . Ada jugak dia tabur baja. Kalau dilihat betul-betul tanahnya masih beralun... Waduh-waduh...katanya kena biarkan rumput tu tumbuh sekata dulu. Saksikanlah kemudian nanti...



Sunday, May 3, 2009

Review on ADT

Rasanya baru 2 minggu rumah ku di 'activate ADT. Just wanna share the story. Almaklum i ni pun baru ni lah merasa nak tahu pasal ADT. Nobody yang bercerita kat i pun sebelum ni. Masa that dealer dok explain kat husband, i baring -baring landing tak hengat kat bilik...

Hari pertama ADT tu berfungsi... lepas balik dari swimming class kami pun masuk rumah and my husband 'armed' lah rumah dia . Pastu semua anak-anak and husband naik atas nak siapkan diri mandi-mandi dan solat maghrib. I pun terus ke dapur tengok blind masih lum tutup lagi. Tatkala i tarik ajer blind tu jatuh terkena kat papan pemotong. Papan tu terjatuh dan menyebabkan grill bergegar dan alarm pun menjerit-jerit.... Panic tul i masa tu. I lari naik atas dan panggil husband. Anak - anak dalam bilik mandi pun terkejut.... hahaha husband yang tgh syok2 layan diri pun terpaksa berlari kuar... Alkisah masa tu i pun tak tahu lagi cara mematikan dan password alarm... atau malas nak amik tahu... padan muka - the husband said... nasib baik belum link ke polis.. o yer ker!

Kisah kedua ... kali ni dia berbunyi sebab husband lambat tutup pintu kot... lebih dari masa yang kita set... let's say 30 seconds mesti kena kuar dan tutup pintu, kalau tidak alarm akan berbunyi. Kalau bunyi ajer... ADT terus call dan tanya apa yang berlaku... at least kami tahu yang ADT tu efisyen jugak...

Kisah yang ketiga waktu i tengah dalam seminar di Putrajaya, the husband pulak still away menunaikan umrah. i perasan ada one no. yang pelik... i thought no. tu dr oversea. Hp silent masa tu so tak sempat nak pick up... then dapat lagi call no. yg agak familiar.. i pick up the call. Rupa-rupanya the contractor yang buat kerja kat luar rumah tu ... dia kata anak-anak buahnya nyaris tak ditangkap polis. Cerita nya masa diorang buat keje, kena ketuk dinding.. apalagi dia trigger lah alarm. So, polis datang dan nak tangkap anak-anak buahnya yang tengah bekerja di luar rumah i. Itu lah padahnya i tak angkat call, the third contact person pun tak angkat jugak ... haha tengah mc, the fourth pulak sedang bekerja dan tak tahu apa yang berlaku kat rumah i. Diapun suruh ajerlah polis check... So sorry to all the workers...

Anyhow, all these 3 scenarios make me feel better.. mudah- mudahan dijauhkan dari perkara- perkara yang buruk. Amin.
.

Monday, April 27, 2009

Exterior Design - lanscape progress

As expected... ada sedikit rasa tidak puashati dengan kerja-kerja kali ini. A few things which is still not finalised... even though the project had been delayed about two weeks.

~ Our gate - kayu nye nipis bangat - nampak cam plywood ajer ( katanya Nyatoh) ... nyatoh ply lah tu. At first memang rasa marah pun then my husband ada borak2 ngan our neighbour asking her opinion... she responded " ada banglo kat Bukit Beruang kayu pagarnya lebih nipis dari u ..." haha sejuk sikit hati. Yelah mana nak compare that banglo ngn rumah i kan... Kenapa tak pakai kayu cengal? ... hahaha lagi tak mimpi lah...

Then, kami mintak the contractor do something with that 'gate'. Both agreed kalau kami tambahkan iron bar di tengah2 jaringan papan tu supaya papan tidak mudah patah... hope that will be better!

~ Our chipping stone - ni lagi satu ... tak sabar rasanya nak tengok batu tu jadi cantik... we chose that stone sebab kat rumah orang lain nampak cantik tapi di rumah kami ni tak cantik2 lagi. They told us that kena gunakan chemical untuk menjadikannya cantik dan berkilat tapi bila tu ? Sampai sekarang tak kilat2 lagi.

A few more things macam salur air yang tak sesuai, underground piping yang tak betul, tempat gantung pokok bunga yang dah berkali ditunjuk perlu digantung di mana tapi masih salah, tiang pagar yang patah( perlu disimen semula), kerja mengecat yang ntah apa2 dan last but not least... lampu rumah kami ditendang bila cuba on lampu pagar... rasanya ada kena mengena dengan tiang autogate yang dipasang... huwaaaa... tensen gak akak tau. Tapi akak taknak komen lebih2 nanti the husband tensen pulak dengan projeknya tu... and right now dia ada di Madinah menunaikan umrah dah ziarah. Semoga diberi kesihatan yang baik dan beroleh rahmat Allah sentiasa. Amin.

A few picture on the progress...







Thursday, April 23, 2009

Tanam Rumput Karpet - di laman kecil

Tajuk ni amat menarik kalau ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi saya tak berpeluang untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Apa yang akan saya ceritakan adalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menanam rumput di laman rumah.

1. kawasan tanaman/laman

2. saliran

3. jenis rumput

--- Kawasan tanaman termasuk keluasan dan jenis tanah. Apa yang saya perhatikan tanah asal akan dibersihkan, buang semua batu besar, rumput dan lalang, tunggul dan akar-akar nya sekali. Macam kat rumah saya tu saya boleh nampak tanah asal dibersihkan dan semua yang tak perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya sedalam setengah kaki. Jangan masukkan tanah baru dulu (top soil). Biar dulu akar-akar rumpai dan lalang kering dijemur matahari.

---kemudian tanah baru (top soil) dimasukkan. Tanah ni yang biasa kita beli di nursery. Mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat nursery. Biarkan tanah tu mampat dulu. kalau hujan lagi bagus supaya tanah tu padat semula dan taburkan juga selapis tanah pasir di atas top soil tersebut.

--- sekiranya laman luas kena ambil kira pasal saliran. Saiz laman rumah saya tu kecik ajer... So, saliran tak berapa penting cuma kena pastikan tempat air keluar. Disebabkan longkang pun dah ditutup, mereka sediakan saluran paip di bawah lapisan tanah tersebut.

--- Selepas pembersihan tanah, penyediaan tanah baru dan pasir selesai, rumput akan ditanam. Paling mudah kalau kita tanam rumput secara penuh dia akan tumbuh sekata. Katanya rumput jenis 'japanese' adalah lebih baik berbanding dengan 'philipines' sebab dia tumbuh 'mendatar' berbanding dengan rumput 'philipines' yang tumbuh 'menegak.' Ini apa yang diterangkan tapi i belum nampak hasilnya lagi...

--- Tapi sebelum rumput ditanam adalah lebih baik sekiranya satu lapisan 'sabut' diletakkkan diatas lapisan pasir tadi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa penyerapan air. Terdapat jenis tanah yang susah menyerap air. Disini fungsi sabut untk mengekalkan kelembapan tanah supaya rumput tumbuh dengan baik.

--- Rumput yang ditanam perlu disiram dan dibaja. Pastikan air yang mencukupi sekiranya musim panas. Pada awalnya rumput yang baru ditanam nampak beralun disebabkan lapisan tanah kepingan rumput yang dipotong tidak sekata. Biarkan rumput tumbuh menutupi semua ruang tanah. Kemudian potong rumput untuk kali pertama untuk mendapat hasil yang cantik.


Selamat mencuba !

Wednesday, April 8, 2009

Meja Makan - 8 kerusi





Baru berkesempatan nak cerita pasal meja makan yang kami beli... cerita pasal sofa dah selesai - tak payah fikir lagilah nak yang macam mana. Bab meja makan ni pun satu, memang aku plan nak yang comel2 ajer... walaupun 8 seater tapi yang saiz kecil. Sekali bila dah berkenan hah amik ko... besar gedabak... Bilik makan kami tu kecil ajer. Muat-muat untuk meja makan. Kalau tengok kayu nya memang puashati... kira okaylah tu tapi disebabkan ianya lebar boy selalu naik atas meja bila nak makan...

NASH 'n' Masakan Warisan Melaka



Nash dan sorang 'makcik' ni... aku respek betullah bila Nash hulur mic terus dia boleh nyanyi... husband pakai songkok haji dok sebelah pulak tu. Sporting habis. Kot aku lah kalau Nash tonyoh mic kat aku - musti aku dok geleng-geleng sapi ... hahaha suara ada tapi untuk musabaqah ajer...




Gambar Nash dan K. Wan Maimunah berjoget - Baju kuning dari urusetia.

Hari Sabtu petang biasanya bila hantar kakak dan babyke swimming class, kami ada satu setengah jam untuk jalan2 ... Tu dia... kat Bandar Hilir ni memang seronok - ada banyak aktiviti... tempatnya nyaman sekali walaupun dah banyak perubahan berlaku dari zaman aku sekolah dulu-dulu (ingat lagi support ragbi kat Padang Pahlawan)- kebetulan sekolah kami kalah dan boys salahkan kami sebab tak pandai bagi support. Yelah pun - seingatnya kami memang kepingin nak outing je yang lebih nya pada masa tu...

Pesta Masakan Warisan - sedap namanya kan... selain daripada mengingat kan anak-anak muda generasi baru tentang masakan dan makanan warisan termasuk cara penyediaannya - ia juga bertujuan untuk menarik pelancong yang tak putus -putus menziarah Melaka World of Heritage...

Kadang-kadang rasa bangga jugak jadi anak jati Negeri Melaka... tapi bila terlalu ramai orang luar pun tak berapa selesa jugak... tak macam-macam dulu-dulu- seharian lepak kat bandahilir pun tak terasa. Sekarang kawasan nya sesak dan padat... lalulintas pun sesak serta susah nak parking... Mudah-mudahan pihak yang sepatutnya dapat merancang pembangunan kawasan sekitar bandarHilir dengan baik dan terancang.

Masa ni kami ada beli ikan bilis pintal - kata nya takde kat tempat lain. Bolehlah having as snack di waktu minum petang.

Sesiapalah yang belum pernah sampai ke Melaka - jom turun Melaka ramai-ramai!

Sunday, March 29, 2009

Laman- progress II

Tapak Wakaf

Kotor betul kawasan porch tu. Semalam berlaku kerja-kerja drilling lagi untuk wiring lampu taman dan autogate.






Gambar- gambar progress lanscaping - Selepas masukkan paip di dinding dan di longkang, semua lubang air di tutup. Begitu juga dengan longkang dah habis kena timbus dek tanah. Mula-mula bawak masuk tanah dan kemudian ditimbus pula dengan pasir untuk lapisan atas tanah tersebut.
Nanti kanlah progress seterusnya.

Rumah ku jadi sangat kotor. Oh debu di sana- sini. Tapi yang aku bimbangkan apakah kesudahan lanskap ku nanti. Tak sabar rasanya harap-harap ni adalah projek terakhir the husband. Tak tahan rasanya every weekend akan ada orang datang rumah and collect payment esp. Hahaha alangkah bagus kalau hujung mingguku tak diganggu...

Wednesday, March 25, 2009

Half Leather Sofa

Sofa oh sofa... lama jugak kami mencari sofa ni. Almaklum nak cari harga yang berpatutan. Kalau nak yang cantik memang banyak untuk mereka yang berduit lah kan. So, ini akhirnya.... sofa yang kami pilih. Lebih kurang sebulan yang lalu rumah kami dah bersofa ... taklah duduk atas lantai lagi ! Sofa's specs - half leather, half PVC ( katanya sesuai untuk kami yang ramai anak). Tu belum tengok Boy melompat atas sofa lagi... , colour - dark but not black - it is more to dark brown kot-





--- Selesa untuk menonton ....

..... kartun ... (TV husband beli kat Harvey Norman... - jauh tu... kuang kuang kuang)

Laman in progress...


Tak sabar rasanya nak tengok laman kami berubah wajah. The project had been started last week. Still remember yang i kononnya berangan nak buat laman tu sendiri. Tapi husband lagi senang serahkan pada orang untuk siapkan semua sekaligus. Harap semuanya berjalan lancar.

Rugi rasanya tak dapat snap a few photo on the progress. Actually, the first step adalah membersihkan kawasan laman. Tanah dan batu-batu dibawa keluar. Tanah yang dibersihkan lebih kurang setengah kaki jugak kot.

Then, they proceed with the piping. Hole yang di dinding pagar tu akan ditutup. So, terpaksalah buat kan paip untuk laluan air nanti. Masa diskus kami minta supaya ditutup jugak longkang (drain) di sekeliling rumah. I've no idea apa yang akan dilakukan sebab this time they all cuma explain by words- no 3D design or sketch like before. End up i cuma angguk aje on what they explain. Because of that jugak rasa stress nak tengok the real implementation memang sangat -sangat terasa. Bukan tak yakin dengan the contractor yang kami pilih tapi lebih kurangnya begitulahkan... ada sedikit debaran di situ- because this contractor tak tunjukkan testimoni yang banyak... ada satu yang disebut ialah JPJ Melaka... i always pray for the best!

Back to the 'drain' ., yang i nampak dia masukkan salur air yang agak besar dalam 6-8 inci... memang nampak besar. Untill last weekend, setakat buat tapak simen. A few part yang perlu disimen. This coming Saturday, I'll try to make it in photograph. Baru lah nampak apa yang nak diceritakan. Betul tak?

Sedikit preview on what we'll plan it to be... sorry to say yang i tak masukkan apa-apa water features even though they propose it at the beginning. It's about me yang tak yakin boleh keep it alive... haha... Lately i actively involved in QE (Quality Environment) practice. Apa yang saya nampak bila ada water features keadaannya agak kurang terjaga. Mungkin cantik masa ia baru dibina/di wujudkan tapi bila kurang perhatian aje keadaan sungguh tak selesa dipandang... So, bila i teringin nak ada that water features i'll make it small and easy maintain- orait tak?

Kami jugak teringin nak ada sebuah wakaf. Of courselah wakaf tu tersangatlah comelnya because saiz tanah kami sangat terhad.

Next kami juga idamkan tempat barbeque... kununnya cam villa kami di Saudi... Villa yang dipinjamkan sementara. Masih kami terasa. Anak-anak pun tak habis bercerita... Keadaannya sangat tenang, segar dan indah. Berjalan di sekeliling compound pada waktu petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa (jangan lah jalan masa summer- huhu). Apa-apapun hujan emas di negeri orang kan...

Afterthat kami jugak teringin nak ada rumput yang hijau. --- kununnya untuk anak2 bermain. Untuk anak-anak berlari rasanya tak cukup tanah.

Pastu kami jugak nak ada tempat bersantai... di waktu petang dan malam....

To conclude it saksikan lah apa kesudahannya...

Bye for now...


Friday, March 13, 2009

Curtain fair II

***edited

lagi gambar langsir di 'guest room' dan jugak 'utility room'







--- kata K. Ya** - diamond shape ni hasil rekaan dia yang terkini. Lepas pasang di rumah kami dah ada orang mintak that pattern...








---- Sliding door.... ( pattern GOBLET) - warnanya so very the boring. My husband said ala-ala hotel gitu ... nak sedapkan hati sendiri lah tu.






Gambar langsir untuk tingkap corner --- still kain dengan corak yang sama cuma menggunakan pattern ROMAN BLIND....








Baywindow--- alahai ada saje model tak berbayar.


Gambar - gambar curtain kat living --- untuk tatapan.

Wednesday, March 11, 2009

Wakaf sekitar KAMSIS






Gambar wakaf ni pun diambil masa Audit QE sekitar KAMSIS. Cantik betul wakaf2 tu untuk pelajar bersembang dan belajar. Setiap wakaf berharga lebih kurang 25 k . Boleh buat sebijik kat rumah saya tak? Masa zaman saya belajar dulu demam wakaf ni tak ada lagi. Tapi sekarang kat mana-mana orang bina wakaf even kat kedai makan sekalipun telah 'diwakafkan' ( heheh!) . Anak-anak gemar makan bersila di atas wakaf. Indah sekali tu...

The Purple ....


Nampak pokok ni masa berpeluh-peluh buat Audit QE untuk kawasan persekitaran kampus. Rasa cantik pulak bila tengok pokok yang macam sang ranting aje tu berbunga purple. Indah nya Ciptaan ALLAH! Alhamdulillah...

Tuesday, March 10, 2009

Bilik Boy, Katil Boy


Ni jelah yang mampu kami sediakan untuk Boy. Sebelum ni Boy ada mintak katil F1 tapi puas sudah kami survey takde yang menarik sangat. So, kami pujuk Boy supaya sukakan pattern yang ini. Bukan senang nak pujuk Boy. Masa mula -mula tunjuk katalog dia kata nak katil kereta jugak... So, we all balik dulu tak jadi beli. Then kami umpan lagi, yang dia boleh susun koleksi kete yang dia ada kat atas rak ..and boleh simpan buku dalam kabinet dia sendiri...

2 minggu Boy amik masa sebelum setuju untuk beli katil ni... Akhirnya Boy setuju... Yang kelakar bila di kedai Boy taknak balik selagi katil tu tak dibawa balik sekali. Mana nak bawak katil naik kereta. At first tokeh kedai nak bagi yang baru - one week baru boleh hantar tapi disebabkan Boy mengamuk sakan , terpaksa bagi display unit- sib baik yang baru pasang and takde apa2 defect lagi. Oh bujang ku sorang ... banyak karenah nya.