Tajuk ni amat menarik kalau ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi saya tak berpeluang untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Apa yang akan saya ceritakan adalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja.
Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menanam rumput di laman rumah.
1. kawasan tanaman/laman
2. saliran
3. jenis rumput
--- Kawasan tanaman termasuk keluasan dan jenis tanah. Apa yang saya perhatikan tanah asal akan dibersihkan, buang semua batu besar, rumput dan lalang, tunggul dan akar-akar nya sekali. Macam kat rumah saya tu saya boleh nampak tanah asal dibersihkan dan semua yang tak perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya sedalam setengah kaki. Jangan masukkan tanah baru dulu (top soil). Biar dulu akar-akar rumpai dan lalang kering dijemur matahari.
---kemudian tanah baru (top soil) dimasukkan. Tanah ni yang biasa kita beli di nursery. Mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat nursery. Biarkan tanah tu mampat dulu. kalau hujan lagi bagus supaya tanah tu padat semula dan taburkan juga selapis tanah pasir di atas top soil tersebut.
--- sekiranya laman luas kena ambil kira pasal saliran. Saiz laman rumah saya tu kecik ajer... So, saliran tak berapa penting cuma kena pastikan tempat air keluar. Disebabkan longkang pun dah ditutup, mereka sediakan saluran paip di bawah lapisan tanah tersebut.
--- Selepas pembersihan tanah, penyediaan tanah baru dan pasir selesai, rumput akan ditanam. Paling mudah kalau kita tanam rumput secara penuh dia akan tumbuh sekata. Katanya rumput jenis 'japanese' adalah lebih baik berbanding dengan 'philipines' sebab dia tumbuh 'mendatar' berbanding dengan rumput 'philipines' yang tumbuh 'menegak.' Ini apa yang diterangkan tapi i belum nampak hasilnya lagi...
--- Tapi sebelum rumput ditanam adalah lebih baik sekiranya satu lapisan 'sabut' diletakkkan diatas lapisan pasir tadi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa penyerapan air. Terdapat jenis tanah yang susah menyerap air. Disini fungsi sabut untk mengekalkan kelembapan tanah supaya rumput tumbuh dengan baik.
--- Rumput yang ditanam perlu disiram dan dibaja. Pastikan air yang mencukupi sekiranya musim panas. Pada awalnya rumput yang baru ditanam nampak beralun disebabkan lapisan tanah kepingan rumput yang dipotong tidak sekata. Biarkan rumput tumbuh menutupi semua ruang tanah. Kemudian potong rumput untuk kali pertama untuk mendapat hasil yang cantik.
Selamat mencuba !
No comments:
Post a Comment