Dreams of having a proper home ... with kids growing up in front of our truly eyes...
MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA
Wednesday, March 11, 2009
Wakaf sekitar KAMSIS
The Purple ....
Nampak pokok ni masa berpeluh-peluh buat Audit QE untuk kawasan persekitaran kampus. Rasa cantik pulak bila tengok pokok yang macam sang ranting aje tu berbunga purple. Indah nya Ciptaan ALLAH! Alhamdulillah...
Tuesday, March 10, 2009
Bilik Boy, Katil Boy
Ni jelah yang mampu kami sediakan untuk Boy. Sebelum ni Boy ada mintak katil F1 tapi puas sudah kami survey takde yang menarik sangat. So, kami pujuk Boy supaya sukakan pattern yang ini. Bukan senang nak pujuk Boy. Masa mula -mula tunjuk katalog dia kata nak katil kereta jugak... So, we all balik dulu tak jadi beli. Then kami umpan lagi, yang dia boleh susun koleksi kete yang dia ada kat atas rak ..and boleh simpan buku dalam kabinet dia sendiri...
2 minggu Boy amik masa sebelum setuju untuk beli katil ni... Akhirnya Boy setuju... Yang kelakar bila di kedai Boy taknak balik selagi katil tu tak dibawa balik sekali. Mana nak bawak katil naik kereta. At first tokeh kedai nak bagi yang baru - one week baru boleh hantar tapi disebabkan Boy mengamuk sakan , terpaksa bagi display unit- sib baik yang baru pasang and takde apa2 defect lagi. Oh bujang ku sorang ... banyak karenah nya.
Monday, March 9, 2009
Set Kayu Resak
Yippi....!!! Sampai jugak akhirnya set kayu resak yang the husband idam-idamkan. Before this saya ada cerita yang dia minat this set masa we pi survey kat Perabot Terpakai Singapura. Tak sangka pulak dia betul-betul nak beli. Seronok lah dia. Actually wanna put the bench set outside tapi kat luar tu belum siap lagi kan. Baru dalam process lukis- melukis apa yang nak dibuat. So, just put kat dalam dulu...Wah seronok tau dapat kerusi. All this while we all dok atas lantai je tau...
Yang paling seronok ialah Syira sebab dia boleh berlatih walking skill dia dengan menyusur di keliling kerusi dan meja... Yang penting model iklan kerusi tu... susah nak cari maa....
Sunday, February 22, 2009
ASTRO mai dahhh...
Ini adalah gambar abang astro yang kat atas bumbung rumah akak. Tinggi nun tu... menurut ceritanya dia pernah jatuh dari tingkat 2. Tapi kat sini dia amik pre- caution ikat tangga dulu... Sekarang dah dapat tengok astro... tapi mat astro ni kena datang lagi untuk pasang splitter pulak.
Ni pulak gambar anak dara saya yang ikut berposing di tingkap. Control ayu lah tu !
ADT...!
Panjang lak selingan akak. Pasal ADT tu rupanya dia tebuk lubang untuk lalukan wire dan dipasang alat (sensor) di semua tempat yang di 'anggap' boleh menjadi laluan kepada 'penyamun' yang sekarang ni semakin berleluasa. Memang ngeri kalau ikuti berita - kes samun menjadi-jadi- main kelar, tikam, bunuh... dulu-dulu masa akak kecik-kecik semua tu boleh tengok dalam TV ajer- itupun citer omputih. Nilai kemanusiaan semakin nipis.. Banyakkanlah berdoa semoga keluarga dan rakan- rakan kita selamat...
Gambar? Malas akak nak ngambik gambar adik-adik yang bertungkus lumus mendebukan semula rumah akak tu... dari pagi hingga lebih kurang pukul 6.30 petang baru habis... hujan pulak turun mencurah -curah setelah lama panas terik - hujan rahmat...
The husband tanya "tingkat atas kita pakai 'casing' ajerlah"... No no no mana boleh macam tu. Biarlah berdebu- akak rela daripada rumah akak berselirat dengan casing tu nanti. Silap besar kami tak include dari awal kan... so, mana nak dapat kod cat tu pulak - minta kat Ken** lah...
Penat memang penat , habis langsir akak terburai dan berhabuk... dik kalau k. Ya** ( the langsir consultant ) tu nampak mesti bengang... akak leh geleng kepala aje.
Sunday, February 1, 2009
Shermenns Bathroom Accessories
Wednesday, January 28, 2009
Dekorasi laman- penuh lalang
Gambar sudut belakang...
Curtain Fair I
Ni curtain untuk family hall ( level 1). Designnya yang paling saya suka... Padanan warna pun cantik. Nampak tak ada juraian crystal kecil di hujung palmet tu... saya tak mintak pun design yang sebegitu... yang saya ingat K. Ya** pernah tanya kalau saya nak design potong- cantum... Then i asked my husband... of course he has no ideas about that... tapi dia ada jawab dalam bilik boleh lah... itulah yang saya beritahu K. Ya**.
Here is my girl room... kata my sis - ni pattern yang simple but nice... the fabric and the color look nice ... dah memanglah sebab harga per meter up sikitlah dari yang lain2 tu... bilik ni memang mentenance tinggi - bilik anak dara lah katakan!
So, here is bilik boy... kainnya yang last sekali kami jumpa - sebab boy nak juga color hijau... pening melilau satu kedai mencarinya... last2 K. Ya** kata "ambik yang inilah, bila dah jadi nanti cantik..." . Inilah hasilnya! Kain jenis kilat sikit tapi tetap yang paling murah ... since boy tak tahu takpe .... hehehe
Ni gambar kat master bedroom. Tingkap yang ada workstation tu kami gunakan roman blind - Actually, agak susah nak tarik dan turun walaupun nampak menarik. I think it's better kalau kami buat 2 set ... tingkap tu kan besar... tapi tak terfikir lah pulak sehinggalah dah terpasang... masih menggunakan teknik potong cantum tapi night curtain nya adalah lapisan paling bawah sebab ia sangat berguna pada waktu malam... betul kan?
Friday, January 23, 2009
View from my room..
So, keadaan sekeliling memang agak lengang. Bila malam sunyi sangat. Dan saya sangat regret kerana masa kami beli dulu the sales person bagitau yang sebelah rumah kami adalah rumah semi D satu tingkat tapi disebabkan demand yang tinggi ... telah dibangunkan semi D 2 tingkat... Sebenarnya impact nya sangat besar kepada kami... Sepatutnya pemandangan family area dan bilik boy ialah pemandangan bukit yang sangat indah (?) . ... tapi sekarang cuma nampak tingkap rumah orang aje... takde rezeki kami... frankly memang rasa tertipu si developer .. tapi apa boleh buat...
Sunday, January 18, 2009
cantiknya....
cantik kan kalau ada laman yang luas macam ni... Bayangkan anak2 kita berlari2 di laman pada waktu petang ... indah sungguh... gambar ni dari http://www.chengalwood.com/product.php. Boleh lah check di sini kalau nak beli product kayu untuk dekorasi laman. Cengal you! teringat one fren yang minat sungguh dengan produk kayu ni... Pagar depa dari kayu cengal yang dibawa khas dari Terengganu... Aku pulak cuma melihat2 design dia yang cantik2 tu. Bila memandang laman dengan rumput menghijau rasa sejuk betul mata dan hati... oppss...
Thursday, January 15, 2009
Cara Menanam Rumput Carpet
Banyak panduan yang boleh kita perolehi ... Yang bagusnya segala maklumatnya ikhlas dan percuma lagi... Tx to Mr. Normas... Beliau seorang yang berpengalaman dan mencurahkan idea bukan semata2 teori dan dari buku tapi dari pengalaman sendiri juga...
Actually, this is my opinion - not telling and discussing with husband yet... We will 'hire' or asked someone to do the 'cleaning and drainage'. But afterthat we will do the plant. Is it real..? I don't know yet... More research gonna be done... I try to prepare a guideline first... I hope it will be my interesting project...

Pictures from http://bumilandscape.com/
Tuesday, January 13, 2009
.... Missing....
Ini adalah gambar dalam 3D design. Tujuan Ken** adalah untuk tutup sedikit bahagian tangga tu... Dia gunakan divider daripada kayu dan kaca. Dari atas kaca tu ada lampu yang menyuluh ke bawah... Ken** dah siapkan wiring and it still there... Tapi nampak macam pelik sikit kan...? Tak tahulah kalau dah jadi rupa macamana. Buat masa ni kami rasa tak perlu...
Ni pula design untuk bahagian tangga... dan juga sedikit dekorasi pada pintu stor. Actually, untuk staircase kami perlu tumpukan sedikit masa untuk fikir material apa yang sesuai. So, so and so, memang takkan wujud apa2 perubahan dalam masa terdekat ni... Tapi untuk pintu stor tu nice jugaklah kan.. cuma cermin2 ni pun tak sesuai dengan anak2ku... Apa-apapun just nak simpan gambar ni di sini... untuk tatapan...
Monday, January 12, 2009
Jogging, tracking and hiking...
So, pagi Ahad tu kami kejutkan anak2 seawal pagi... nak joging tak payah mandi dulu... Syira pun kena bangun jugak. Kami berenam pun mula menapak...Syira dok diam dalam stroller. Memang nyaman pagi tu.. Angin sepoi2 bahasa... Mentari masih di balik awan.. ecewah! Anak2 dan husband berlari2 anak... aku cuma berjalan sambil menolak stroller syira... kami menuju ke tangki air di atas bukit ... jalan tutup.
Berpatah balik dan menuju arah belakang... Husband di hadapan berjalan memanjat bukit... Agak jauh juga melalui bukit tanah merah yang sangat tinggi... Masa ni tiada orang lain kecuali kami sekeluarga... Aku masih menolak kereta Syira di atas jalan tanah merah... Cuaca nyaman tapi ada runtuhan batu2 kecil yang berlonggok di kaki bukit... Suspen pun ye jugak... Anginpun agak kuat bertiup... Baby yang sampai dulu menjerit2 memanggil kami... Ada sesuatu yang nak ditunjukkan...
Apabila kami sampai di hujung sana... rupanya terbentang pemandangan yang cantik Kami berada di puncak bukit dan di bawahnya adalah pemandangan bangunan2 di MITC... Cantik dan luas pemandangannya... Patut lah selalu ada ramai orang yang menuju ke situ (kawasan bukit dan hutan kecil). Saya kata ke husband "Rugi tak bawak kamera... " dan husband menjawab " Nak masuk dalam blog lah tu..."... InsyaAllah kalau kami berkesempatan berjoging dan hiking lagi boleh lah saya masukkan gambar di sini...
Adios.
.jpg)
.jpg)