___________________________________________________

MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA

Thursday, January 15, 2009

Cara Menanam Rumput Carpet

Conversation with husband last weekend ... He wanna start decorate his 'laman' yang sekangkang kera itu... Thinking of it again, memang mudah kalau kita suruh lanscape designer yang buatkan ... uhuk... But this time rasanya macam nak buat sendiri... maybe we will be more excited dari just hire ' a dedicated consultant'. Lagipun sekarang ni ekonomi meleset kan...? A few research on the internet done. As for me, this website really help .... http://www.mynormas.com/

Banyak panduan yang boleh kita perolehi ... Yang bagusnya segala maklumatnya ikhlas dan percuma lagi... Tx to Mr. Normas... Beliau seorang yang berpengalaman dan mencurahkan idea bukan semata2 teori dan dari buku tapi dari pengalaman sendiri juga...

Actually, this is my opinion - not telling and discussing with husband yet... We will 'hire' or asked someone to do the 'cleaning and drainage'. But afterthat we will do the plant. Is it real..? I don't know yet... More research gonna be done... I try to prepare a guideline first... I hope it will be my interesting project...





Pictures from http://bumilandscape.com/


Tuesday, January 13, 2009

.... Missing....

Ini adalah gambar dalam 3D design. Tujuan Ken** adalah untuk tutup sedikit bahagian tangga tu... Dia gunakan divider daripada kayu dan kaca. Dari atas kaca tu ada lampu yang menyuluh ke bawah... Ken** dah siapkan wiring and it still there... Tapi nampak macam pelik sikit kan...? Tak tahulah kalau dah jadi rupa macamana. Buat masa ni kami rasa tak perlu...

Ni pula design untuk bahagian tangga... dan juga sedikit dekorasi pada pintu stor. Actually, untuk staircase kami perlu tumpukan sedikit masa untuk fikir material apa yang sesuai. So, so and so, memang takkan wujud apa2 perubahan dalam masa terdekat ni... Tapi untuk pintu stor tu nice jugaklah kan.. cuma cermin2 ni pun tak sesuai dengan anak2ku... Apa-apapun just nak simpan gambar ni di sini... untuk tatapan...

Monday, January 12, 2009

Jogging, tracking and hiking...

Wah... dasat tajuk nya kan! Weekend lepas... kami berazam untuk joging di sekitar kawasan rumah kami... Sebab bila pagi dan waktu petang ramai yang berjoging memanjat bukit... kami tak tahu mereka menuju ke mana.

So, pagi Ahad tu kami kejutkan anak2 seawal pagi... nak joging tak payah mandi dulu... Syira pun kena bangun jugak. Kami berenam pun mula menapak...Syira dok diam dalam stroller. Memang nyaman pagi tu.. Angin sepoi2 bahasa... Mentari masih di balik awan.. ecewah! Anak2 dan husband berlari2 anak... aku cuma berjalan sambil menolak stroller syira... kami menuju ke tangki air di atas bukit ... jalan tutup.

Berpatah balik dan menuju arah belakang... Husband di hadapan berjalan memanjat bukit... Agak jauh juga melalui bukit tanah merah yang sangat tinggi... Masa ni tiada orang lain kecuali kami sekeluarga... Aku masih menolak kereta Syira di atas jalan tanah merah... Cuaca nyaman tapi ada runtuhan batu2 kecil yang berlonggok di kaki bukit... Suspen pun ye jugak... Anginpun agak kuat bertiup... Baby yang sampai dulu menjerit2 memanggil kami... Ada sesuatu yang nak ditunjukkan...

Apabila kami sampai di hujung sana... rupanya terbentang pemandangan yang cantik Kami berada di puncak bukit dan di bawahnya adalah pemandangan bangunan2 di MITC... Cantik dan luas pemandangannya... Patut lah selalu ada ramai orang yang menuju ke situ (kawasan bukit dan hutan kecil). Saya kata ke husband "Rugi tak bawak kamera... " dan husband menjawab " Nak masuk dalam blog lah tu..."... InsyaAllah kalau kami berkesempatan berjoging dan hiking lagi boleh lah saya masukkan gambar di sini...

Adios.

Wednesday, January 7, 2009

... More on living !






Ni gambar2 living room yang diambil pada waktu malam... Tak tahulah kenapa banyak pulak masalah nak upload gambar2 ni... tu yang tak kuar2 tu...



Cat vs Crocs

Cat tu dibeli di Jarir Bookstore - Al-Khobar untuk Sarah dan Crocs tu hadiah dari my x- roomate (Kiki) masa birthday i - 16 tahun yang lalu. Punya lama kan.. tapi masih berseri--- Thank you KIKI!


Cara- cara Membasuh 'Teddy Bear' dan kawan2.....

Al- kisah kulihat banyak jugak patung2 berbulu ni kat rumah mak... Semenjak kami pindah-randah... benda2 tu tak dapat dikesan. Sekarang bila dah jumpa semula, dan anak-anak nak main sumer dah tak serupa 'orang' hahaha --- aku teringin nak mencuci nya. Dulu aku masuk washing machine pastu tumble dry ... settled!

Ni selepas di spin...

Beruang tiga sekawan ! Tak ingat asal- usul dari kutub mana ? Rasanya orang2 hadiahkan untuk anak2 pompuanku la ni...


Tapi kali ini, aku jumpa cara yang lebih berkesan. Walaupun agak leceh. Anak2 punya pasal kan...lagipun setiap satu ada kenangan tersendiri...

So, boleh lah cuba caranya;

1. Rendam dengan - softlan/ nappy clean/ soft detergent. (x merbahaya untuk anak2)
2. Berus mana- mana bahagian yang agak kotor... sehingga bersih!
3. Bilas sebersih-bersihnya dengan air yang bersih sehingga bersih...
4. Masukkan ke dalam washing machine dan spin... (yang saya guna front loading w.m)
5. Keluarkan - dah kering tapi... tunggu....
6. Gunakan hair dryer untuk menggebukan bulunya semula...
7. Sedia diguna dan anak-anak pun gembira...


*** Aktiviti ini boleh dibuat bersama anak2 di hujung minggu....


Selamat Mencuba!

Monday, January 5, 2009

Curtain Hunting!

Ingat tak... curtain for living room at first i deal with Ken**... but afterthat cancelled it due to not in stock ... have to wait a month kalau tak salah. Frankly, if i teruskan dengan Ken** hari tu .. dah lama dah rumah i ni ber'curtain'. Lately, bz sangat... every weekend penuh dgn acara... maklumlah cuti sekolah. Anak2 pun dah pandai susun jadual sendiri. So, until now rumah tu 'togel'. I used my mom old curtain tapi saiz nya out sebab tingkap dan pintu ni tinggi2. So, cuti 1st Jan 09 - I pi ke Tangkak. Actually Tangkak memang dekat dgn rumah... But when i reached there i jadi begitu blurr... Bukan tak pernah sampai Tangkak, biasanya curtain rumah Mak pun i yang pilihkan bersama-sama. Tak tahu kenapa ... maybe sebab takde satu pun yang betul2 attract us... I only bought a sheer curtain for living and family area... Cuba jugak nak carik sheer untuk bilik2 tapi memang tak pandai... At last, kami balik jer dulu...

Curtain hunting diteruskan--- i need my curtain consultant cum the tailor , K. Ya**. Thank you for helping me that much. Kalau tak memang akak mati kutu ... huhuhu udah nya akak dengar ajer what K. Ya** suggested.. pastu dia kira kan berapa meter yang nak diguna... and the Amoi cuma potongkan... But all this tak berlaku di Tangkak sebab K.Ya** prefer ke Tampin ( dekat dengan rumahnya). So, berbondong-bondonglah kami ke Tampin. We actually never been in Tampin before... Besar dan sibuk jugak bandar Tampin. Dalam 2 jam jugak kami di kedai langsir (2-4 ptg) Anak2 pun dah menjerit kelaparan.

At first diorang memang okay, main hide and seek celah2 kain langsir... tapi kalau dah sampai 2 jam saper yang tahan... akak pun dah setengah pengsan... Nasib baik lah boleh selamba2 menyusukan Dhia sebab tak ramai orang... Habis ajer membeli... kami terjah pizza hut yag bersebelahan ajer... Disebabkan anak-anak yang bermacam ragam, kami terlupa nak mempelawa K. Ya** and family untuk minum sekali.

Kalau sesaper nak tempah langsir bolehlah cari dia... sampai ke KL dia cover... One big project dia ialah bilik pengantin anak bekas Ketua Menteri Melaka di Bangsar... Wah hebat jugak kak ye...

Berbalik pada cerita curtain memang bulat2 kuserah pada dia ... dari pattern hinggalah ke kain.. pattern pun berjenis2, akak pun tak ingat pattern apa yang dipilih... So, i harap lah bila dah siap nanti okay & memuaskan hati ...

Seriously, I have no idea about the curtain....


Tuesday, December 30, 2008

Tapestry design - Merinos Carpet

Huwaaa... Hampir 2 tahun bergulung dan berbungkus dalam plastik. Akhirnya dapat jugak kubentangkan... Tak pasti ia sejenis carpet atau rug... tapi masa di Saudi ia jadi popular among us. .. and it washable too. Ada one of our fren asked me... betul ker kita beli carpet ni dengan harga *ni* sebab ia nampak begitu 'humble'... hahaha (mungkin itulah perkataan yang sesuai). Mesti orang tak percaya kalau disebutkan harganya.



Memang rasa tak sabar nak guna... So, dapat lah kuhamparkan. Dalam hati terselit rasa sayang tapi husband awal2 dah sound "Kalau taknak guna , lain kali tak payah beli..." Bila husband nak ke sana... boleh kirim ker? huwaaa....



Sorry gambar pun kabur...

Monday, December 29, 2008

Lorenzo vs Rozel ...after Courts


LORENZO sofa set


Petang semalam kebetulan husband tak jadi balik ke KL ( on-call ). So, kami rush ke Courts.. our intention nak belikan abang katil F1... tapi bila sampai memang ada banyak sales tapi takde satu pun yang berjaya menarik mata dan hati kami... Agak kaciwa jugak.. katil abang pun tak jadik disambar- delayed again.

Afterthat... thinking of men'survey' sofa sets... kebetulan one stop center kat Semabok.. berderet2 kedai perabot tak habis round sehari turun naik kedai 3 tingkat. Dari perabot jati, Bali, perabot terpakai import, Milan, Rozel, Lorenzo, Cellini, Cavenci, dan banyak lagi... serius memang banyak !

Kami pun redah lah masuk kedai perabot import terpakai... biasalah takde yang entertain- muka cam tak mampu beli kot... Pastu kami pi ke LORENZO ....http://lorenzo-international.com/ yang bersebelahan ajer dengan kedai perabot tadi... SALES 50%. Turun naik 3 tingkat... harga yang paling murah pun dalam 6K plus after discount. Takde salesperson pun pedulikan kami... Sofa set yang kami tengok tak banyak design. And a few yang half leather, half PVC not using full leather. Design agak lebih kurang sama --- same goes to dining... not really attract us...memang design untuk rumah2 yang luxury kot... Husband kata tak cantik, i'm not sure in what way - about money kot... hahaha

Disebabkan dah ke Lorenzo, kami perlu kan comparison - kami pun ke ROZEL ........http://www.furnipoint.com/index.php/rozel/ pulak... Wah kat sini kami dapat layanan yang baik.. that saleslady bagi macam2 explaination.. here only 20-25% discount, all full leather and a few design yang husband suka. Actually, husband tak pernah setuju when i propose to buy leather sofa... but after a few try... nampak macam dia dah suka - siap tanya lagi offer tu valid sampai bila. Ropenya beli barangan import ni lambat dapat ... sampai sebulan katanya. manalah akak tahu...


Ni antara yang husband suka.- tapi L-shape tu tak sesuai lah kan! Yang bawah tu i yang suka agaknya sebab harga paling rendah dan saiznya sederhana ... hehehe




But think about size - memang agak lebarlah - tak sure sesuai tak degan rumah kami- before that sempat singgah di Perabot jati (Bali STyle) tapi this time semuanya natural color. Tak macam one kedai we all pegi sebelum ni - banyak yang match dgn color scheme rumah kami.

Then, bila I balik rumah .. cerita dgn my sister harga sofa ada yang sampai 20K and above...she said " pergi kedai biasa sudah ler.." but I'm not agree with her because kalau sekarang i tak cuba menjejak kedai perabot .. once i dah beli jangan harap nak buat macam sekarang ni .. turun naik kedai.. betul tak?

Sebenarnya kami at first dah terbekenan one set - kayu and fabric but reganya lebih mahal dari full leather yang di survey... tu yang payah tu. Silap2 angkat semula sofa kuning yang kami pakai masa di Kota Damansara dulu... hah boleh tak?

Actually buat apa2 pun kena put a budget first.. barulah ada guideline. Kalau tidak rambang sungguh mata ini...My problem is tak tahu size yang sesuai dengan luas living yang terhad...

Ikea FUN !!!

Hahaha Ikea officially open di Dhahran, KSA early Disember kalau tak silap ... wah sure happy kengkawan kat sana. When I was there baru ada banner besar yang ikea akan dibuka... baru start construction kot masa tu... and now tak payah pi Riyadh kalau nak ke Ikea... and what most - people in Bahrain sure frust sebab they all cannot enter Saudi just like we can enter Bahrain using multiple visa becoz of KSA rules and policies...

My kids love go to IKEA. Seems they are having fun there... Actually, seawal 9.30 pagi kami dah menuju ke Mutiara Damansara... mujur jugak rumah kami tak jauh dari situ. So, bila sampai keadaan masih tenang... Apalagi seronoklah anak2 bermain.They all memang suka test sumer katil, sofa, stool, etc.. kat Ikea tu!

And bila turun ke tingkat bawah ... nampaklah trolley kecil. Kakak dan Abang tolak trolley tu sorang satu ... masing2 penuh kan barang yang dia suka.. baby pulak kena tolak trolley abah .. dan abah tolak trolley yang lebih besar... Mama kan dukung adik Syira... Rugi takde gambar- cute betul masa nak bayar tu... maklumlah cashier pun masih kosong. So, kami buat hal sendiri lah...

About 2 hours di Ikea... kami pun keluar. No longer than that, anak start merengek for food, drinks, ice-cream... At first risau jugak kat mana lah tempat yang paling tenang untuk kami sekeluarga bersantap.... Akhirnya 'fling' aku teringat A&W Kota Damansara ... memang kami jarang benar makan di A&W... tapi disebabkan kehausan root beer float dia rasa sungguh luar biasa. 3 gelas besar boleh habis sekelip mata... nikmatnya...

Bila balik rumah... inilah hasilnya they all mana lah tahu sabo... habis dilambak nya satu rumah...

Small things from Ikea ....






A few item :-

1. children stool - 3 pcs
2. blanket - 3 pcs
3. wall lamp (flower) - 2 pcs
4. wall lamp (bug) - 1 pcs
5. study chair - 2 pcs
6. puppet kids play - 1 set
7. senduk/sudip - 2 set (boy nak main masak2)

containers, dustbin, etc...


And I found one fren yang boleh buat delivery untuk small things from Ikea by post...

tunggu... make it easier kalau nak membeli....

Tuesday, December 23, 2008

My MIL 2nd Visit

Mak mentua den datang untuk kali kedua. Actually kali ni datang untuk hantar Sarah and Baby balik ke Melaka. Datang dengan van.. BIL yang drive... So, 4 dewasa 3 kanak2... Apa yang nak diceritakan ialah keadaan rumah aku tu still tak berubah ... masih kosong dan bergema. Rasa nya dalam masa yang terdekat ni tak akan ada banyak perubahan. Sebab life jadi semakin sibuk... Start tomorrow hingga Isnin depan aku akan berada di Subang - hadiri majlis kenduri mah Poksu di Kelang dan lepak KL. Maklumlah cuti panjang. Ingat nak sambung cuti tapi bos menjerit --- ada Audit Aset. Ada beberapa jemputan dari kawan kawan di KL. Tak tau boleh datang ke tak.. Ada sorang ni nama wife dia pun aku lupa.. oh tidak! Umur yang semakin meningkat kah?

Plannya nak ke IKEA. Husband dah pergi dan sempat beli beberapa item - termasuk table lamp girls room tu.. Actually nak beli pun small thingy only... kalau sempat akan kuharungi jua dengan 4 orang anak. Belum tentu berjaya!

Other than that, sajer nak bawak anak2 tengok bandaraya Kuala Lumpur. Last Visit pi ke Sunway Pyramid- pre concert High School Musical ( anak2ku membesar dgn High School Musical) - baby hilang... berderau darah kami, orang dahlah ramai... sib baik dah pesan kat anak-anak supaya pergi dan stay kat tempat di mana dia kehilangan kami. Waktu kami jumpa dia dah balik ke tempat duduk dan menangis... Alhamdulillah, takde apa2 yang buruk berlaku...
Intention kakak lain pulak - nak naik LRT - stop kat KLCC Station dan lepak2 sambil makan cheese cake and having coffee kat restoren cantik ... hahaha
Walaupun apa yang kutulis ni lari dari tajuk .. elok kalau tajuknya ialah "takde tajuk !"
Cau cin cau...

Tuesday, December 16, 2008

Before and After !





Lama jugak nak tunggu pintu kabinet ni siap. Antara perkara terakhir yang disiapkan...





aik ... gelap bangat gambarnya... sori no! Jurugambar amatur ajer...
My brother's comment on that pintu ' kayu betul ni...!' Okay lah kot tak sia-sia akak tunggu...

adios........

Stack of Frames...




Kalau ikut experience dolu-dolu ... tak tahulah bila frame-frame tu akan digantung. Masa di apartment dulu... ada jugak lah beli satu dua frame - tapi takde orang nak tolong gantungkan. Sampailah frame2 tu di bawa balik ke kampung...

Now ni adalah frame yang kami kumpulkan masa di Saudi. Ada yang kami beli dan ada jugak yang kami dapat sebagai cenderahati di majlis2 perpisahan. Hopefully tak lah lama sangat dia di 'stack' begitu... hahaha. Bukannya apa nak harap ikhsan orang untuk gantungkan memang payah sikit.

Monday, December 15, 2008

Jom Kenal - Part II


Anwar dan sepupunya Safwan ---- Kilatnya mukanya Dhia

Bersama nenek di pagi raya - cheeky nya Anwar - mintak duit raya ker tu!

Gambar ni diambil masa Hari Raya Aidilfitri yang lepas ( lama tu... ) di rumah ibuku yang sekarang ni jadi tempat kami sekeluarga berteduh... Kebetulan tahun ni adalah tahun kedua kami beraya di Melaka. Yang pertama semasa dalam pantang anak kedua (baby), 3 tahun di Saudi dan selebihnya di rumah ibu mertuaku di Kuantan...

Sunday, December 14, 2008

MY Girls

Specially dedicated to my GIRLS - sarah 'n' farah since they still in Kuantan... Miss u so much !





Jangan di komen kenapa bedsheet biru... At first aku ingatkan ada two pieces of purple bedsheet (yang sekaler dengan sarung bantal tu). Rupanya cuma ada selai ajer dan yang biru ni pulak ada dua helai. Tak berapa nak ingat sebab sumernya kuar dari kotak... For temporary i put this first sampailah that girls start complaining nanti ... hahaha

Cramp pulak bilik tu ... nasib baik aku dah standby suh Ken** pasang roller kat katil dan side table yg tengah tu instead of make it fix... So, if the girls takut boleh rapatkan ajer katil tu... (...'standby mode'...)

It's de tilam story ... again~

Suatu hari yang hening sebelum berangkat ke Kuantan menyambut hari raya Aidiladha... mendapat panggilan.. tilam dah nak sampai- kami pun menunggu lah. Sarah dan Baby seronok bangat.. al- maklum bilik depa. Sejurus tilam sampai kami meminta pakcik yang hantar bukakan plastik tilam... untuk memudahkan kerja kami lah kununnya...

Aku cuma tunggu di bawah sementara husband yang uruskan. Kemudian terdengar perbualan depa yang lain macam. Rupanya kami salah beli tilam. Kami dah beli 2 tilam single tapi bedframe yang Ken** buat tu ialah size yang lebih besar - 1/ 2 kaki. Waduh... seminggu tunggu tilam ... frust lah anakku.

Husband call semula ke kedai mintak tukar. Pakcik tilam kena bungkus balik tilam tu. Sian depa kena buat keje 2 kali... On the way balik singgahlah ke kedai untuk tambah duit harga tilam. Katanya kena order dan minggu depannya baru sampai. Macamana aku boleh tak perasan yang bedframe kami tu bersaiz besar - bila check... ia adalah "TWIN" size. Next time kena tahu jugak lah size katil dan tilam... jadi tak lah buat keje dua kali...



And semalam - at last dapatlah tilam tu... BUT kami beli King Koil PUTERA. tinggi nya dalam 11" ... Bila masuk bilik yang dah sarat dengan built-in cabinet tu rasa macam tak berapa sesuai. Mungkin lebih baik kalau kami beli yang PUTERI aje ... dalam 9" tinggi...