___________________________________________________

MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA

Wednesday, March 5, 2014

DARE TO RICH (dare2rich)

Setelah hampir 3 tahun kat rumah... anak pun dah besar... Damia Izzahra akan sambut hari lahir yang ke 3 pada 8 May ini.

Rupanya sebagai surirumah bila  kurang kerja dan kurang sibuk di rumah... semuanya jadi agak kurang mencabar.

Untuk mencabar diri sendiri saya telah mencuba google ' bekerja dari rumah' ,  banyak yang saya jumpa dan banyak yang menarik minat saya ... tapi tak semua kita boleh percaya. So, pada waktu terluang saya mula mencari maklumat...

Tetiba saya dilimpahi dengan maklumat yang ' overloaded' dan tidak tersusun... itulah kesilapan saya, tiada perancangan. Dan sekarang idea untuk berbisnes online mencurah- curah tapi saya tak dapat beri tumpuan... patutnya saya pilih 1 dulu dan cuba hingga berjaya... betul tak?

Tak  tahu macamana nak cerita tapi memang betul2 seronok bila terlibat semua yang boleh buat duit dari internet ni. Untuk permulaan saya akan berkongsi dengan anda Perniagaan DARE TO RICH atau dare2rich...

Sebelum bermula berikut ialah link2 yang saya dah ada..

http://www.dare2rich.co/miazahra
http://www.dare2rich.co/syafdhia
http://www.dare2rich.co/nurra07

Kenapa saya ada banyak link? 

Takper nanti saya akan ceritakan... tapi sebelum tu bagi yang belum pernah dengar dare2rich (D2R)...bolehlah dapat sedikit maklumat dulu yer....

D2R (Dare2Rich) merupakan perunding iklan internet.... bila kita nk join utk jadi ahli kita perlu beli sekurang2nya 1 lot ikln dr compny.... 1 lot iklan berharga RM50.. dah nama pun kita beli.. jadi org yg menjual mesti la dpt untung kan? ok dari keuntungan tu nnti la akan di agih sama rata pd smua ahli sedikit demi sedikit hingga cukup mcm yg dijanjikan tanpa perlu cari ahli. Bonus ni di namakan sbg bonus pool... pulangan bonus pool brgantung pd pakej yg pilih....



# pakej GOLD : 1 lot - modal RM50 ~ bonus pool RM186
# pakej DIAMOND : 3 lot - modal RM150 ~ bonus pool RM558
# pakej PLATINUM : 7 lot - modal RM350 ~ bonus pool RM1,302

Bonus pool merupakan hasil dr keuntungan semasa compny yg di agih balik pd kita smua... semakin banyk lot kita beli semakin banyak keuntungan dapat kita perolehi hasil dr keuntungan semasa compny... tempoh masa utk tunggu pulangan sma jer utk smua pakej. Bonus pool bergantung pada kemasukan semasa ahli... dpt sikit2 hingga penuh. Jika anda berpuas hati anda boleh beli seberapa bnyk akaun yg anda mahu utk melayakkan anda mendpat lebhi bnyk bonus pool (TIADA HAD LIMIT UTK BELI AKAUN)
----------------------------------------------------------
SELAIN DARI BONUS POOL... ADA 1 LAGI BONUS TAMBAHAN UTK SEMUA AHLI (TERMASUK YG TIDAK MENAJA) IA NYA DI PANGGIL SBG BONUS RESELLER... Bonus ni adalah dr usaha rakan2 sepasukan (terutama upline kita), semakin aktif ahli team semakin cerah peluang kita utk dpt bonus reseller walau sama sekali tidak menaja.. Bonus reseller ni seolah2 seperti 'hadiah' dr upline &rkn2 team utk kita...
-----------------------------------------------------------------
JIKA ANDA DAH TAK SABAR UTK TUNGGU PULANGAN.. ADA 1 CARA LAGI UTK JANA INCOME DGN LEBIH CEPAT & LUMAYAN,,... * taja / ajak rakan2 kita join... bila ada rakan kita yg join, 1/2 dr duit pembelian pakej akan dimasukkn ke dlm akaun ewallet kita...

cth:
= tajaan kita beli pakej GOLD (RM50) , kita dpt RM25.
= tajaan kita beli pakej DIAMOND (RM150) , kita dpt RM75..
= tajaan kita beli pakej PLATINUM (RM350) , kita dapat RM175..


     

Saturday, March 1, 2014

Welcome back!

Assalamualaikum...

Lama nya tak menulis. Minat masih membara tapi tak cukup masa... diam tak diam dah hampir 3 tahun blog nii tidak di'update' dan selama itulah saya dah bergelar surirumah seperti yang diidam-idamkan dan dirancang.

Walaupun jadi surirumah masih tak sempat 'update, blog?  haha betul tu... jadi surirumah lebih mencabar dari semua pekerjaan yang ada... sebenarnya sebagai surirumah kita kena sentiasa mencabar diri supaya tak ketinggalan sepertimana ibu-ibu bekerjaya yang lain.

Sedikit pengalaman yang saya lalui sebagai surirumah... perkara havoc dengan anak2 dan kerja harian memang perkara wajib. Nampak mudah tapi pada mulanya agak kekok. Semua nak kena buat??? penat penat penat.

Tambahan pula masa tu anak masih kecil terpaksa diusung pergi balik hantar kakak abang ke sekolah, tuition, mengaji Alquran, latihan sukan... dalam satu hari hampir 10 trip pergi dan balik, bermula dr 7 pagi hingga 10 malam.

Alhamdulillah, berkat usaha dan tawakkal, Sarah berjaya jugak dalam UPSR. Perasaan untuk kejayaan anak pertama memang sangat tidak dapat digambarkan. Rasa menitis airmata... tanya lah ibu mana pun!

Syukur teramat sangat, rasa tak sia2 ambil 'unpaid leave'....

Untuk permulaan sesi baru ni ... sebagai mukadimah  ... terlalu banyak yang nak dikongsi, terlalu banyak yang nak diceritakan... moga Allah memberi kesempatan itu... InsyaAllah!

Wednesday, January 26, 2011

My Sun Flower Girl !















Home Sweet Home - Depan rumah Untie Zaini- Al- Khaloud Village, Dammam...

Sunyi Tanpa Berita...

Salam,

Lamanya tak update blog ni... sibuk sangat kot ! Walaupun tak tahu apa yang disibukkan ... Tiba-tiba rasa macam dapat semangat baru... dalam kepala ada macam2 plan yang tak tahu lah boleh terlaksana atau tidak...

So, the first step is ;

Kena sediakan checklist!

  • Kalau ikutkan pregnancy tickers tu... dah tinggal lebih kurang tiga bulan untuk terima kehadiran warga baru dalam keluarga.. memang rasa tak sabar walaupun yang ada sekarang dah cukup meriah...
  • Kununnya ada cita2 nak tambah aset... sebelum ni minat betul dengan housing properties - pantang ada rumah contoh mesti nak pi tengok ... tapi sekarang rasanya kena let go low cost apartment kat Desa Aman Puri, Kepong. Sebab bila kita ada rumah, macam2 nak kena bayar - maintenance, cukai pintu,.. dulu masa stay di KL oklah ada masa nak tengok2 rumah tuh... tapi sekarang dah jauh - kena carik properties yang senang kita nak urus... tapi proses melelong rumah tu masih belum dibuat.... as soon as possible !
  • Bila dah duduk area kampung... , nampak keliling semua orang ada tanah , yang kecil, yang luas... dan rumah mereka pun boleh expand ikut citarasa.. jeles u... bersyukur dengan rezeki Allah, dok cariklah juga yang dekat2 dengan rumah mak... try google dan dapat sebidang tanah ... kata broker tuh... tak kecil , tak besar ... sesuai lah untuk first properties - lebih kurang satu ekar - 85k , kira mahallah jugak kalau ikutkan area kampung ni... tapi nak buek camno, kalau tak beli sekarang harganya makin mahal... takut nak cerita kan orang lain waima mak sekalipun... takut komen2 yg buat kami tak jadi beli... tanah tu telah ditanam dengan kelapa sawit berumur dalam 1-2 tahun tapi kurang dijaga dan baja... Lokasi tanah tu pulak kira ok kot sebab "di belakang masjid dan didepan nya mini market " .... katanya kalau ikutkan penjagaan yang baik 3 tahun dan boleh dapat hasil kecil-kecilan...
  • Disebabkan hasrat nak memiliki sebidang tanah ( untuk tapak rumah di kemudian hari..) , pinjaman bank kena buat lah kan... dapatkan nasihat pegawai bank bahagian pembiayaan - katanya kalau nak buat pinjaman untuk pembelian tanah proses nya lambat, dalam 2-3 bulan sebab nak kena nilai hartanah tu... dan pinjaman cuma boleh dapat 60% dari market value... the diffrerence kena tambah sendiri lah... Pegawai bank nasihatkan buat pinjaman peribadi which is jimat kos guaman dalam 2-3K , jimat masa dlm 2 minggu boleh lulus... so, dapatlah idea sket kat situh.. dan cariklah bank rate yang rendah... dah kumpul beberapa bank and compare...
  • Lepas tu ingat nak cuba-cuba internet business... manalah tahu boleh kerja dari rumah ajer... start thinking pasal masa depan anak-anak... Sarah next year dah UPSR, sekarang cuma dapat hantar tuition and hopefully she will improve esp in math... Lepas dengar ceramah Dr. Irfan Khairi semangat tu adalah tapi kata orang teori memang senang ... tang realiti , kana tabah dan sabar lah...

InsyaAllah akan tulis lagi di lain masa... see u soon !

Monday, November 9, 2009

Girl Room - Orange



cantik bilik Syifa ... orange nya cantik tau.. memang Bangah and K. Ngah pandai pilih colour...
Tak macam akak ni ... maybe we can use some strike colour untuk tambah mood of the day...
Bilik anak-anak patutnya kena ceria, this room is just nice for single bed ... tak lah besar sangat. Kalau tak salah masih takde wardrobe pun.. cuma ada one cute dressing table... boleh lah anak dara touch-up sket!... saya ni memang ada masalah untuk pilih kaler ... asyik2 coklat, beige, maroon ... learn more on colors...


Bilik Boy - Bilik Wan



Gambar bilik Wan (rumah Bangah)... suka sangat warna biru yang dipilih... memang cantik dan nampak bertenaga... matching dengan pintu bilik air tu...



Bilik ni comel ajer... ada almari baju kaler biru jugak -one set... ceria sungguh!

Thursday, November 5, 2009

Mild Deco


Gambar - gambar deko... amik kat rumah, rumah Bangah....


Ni gambar kat meja makan (display) rumah Dr Rosmah



gantung -gantung... bila ada angin dia berpusing





Ayam jantan kat kolam ikan Bangah


gambar bunga kat opis TNB


lampu tangga kat rumah Bangah...



Anak-anak susun shell yang diorang kutip kat Pantai Batu Feringgi atas alas kaki.. hehe



cuba - cuba dekorasi ... tapi tak pandai lagi...


Bukan Gambar Raya



Boy dah lama nak amik gambar family... sejak Dikya ada belum wujud lagi gambar family... Niat di hati nak amik gambar kat studio pun masih belum tercapai. So, one day tu boy paksa kami semua berposing walaupun w/o abah and takde cameraman yang bagus... ala blur2 gituh.. layan aje lah... anak bujang mama sorang ni...

Tuesday, October 20, 2009

Raya Sakan!

lama betul saya tak menjengah blog ni...

Kehangatan beraya dah tamat. Sambutan raya kami sekeluarga amat panjang kurasakan. Cuti seminggu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebelum raya dan raya pertama Syawal kami raikan di Kuantan walaupun dalam suasana yang berlainan tanpa mak/maktok tersayang. Masih meriah meraikan raya di Ganchong bersama tok2 sedara dan lain-lain.

Raya kedua beraya di Melaka. Malam raya ketiga pusing-pusing Melaka dengan Rivercruise ... Suasana malam di Melaka memang indah dan sempat Bangah n family/Nenek dan Moksu bermalam di teratak kami. Itulah kali pertama mereka berkesempatan bermalam di sini. Pagi2 kami semua balik ke rumah mak... almaklum raya dan memang kebetulan kawan lama yang masih di Saudi nak datang beraya.

Petang tu kami tergesa-gesa bertolak ke KLIA untuk menghantar anak saudara yang melanjutkan pelajaran ke UK. Memang semuanya unplanned... kami teruskan perjalanan raya ke Kuala Lumpur sebab abah dah mula bertugas. Dua hari lepak di KL, malam baru berkesempatan jalan-jalan raya... dapat lah pi rumah makcik Juju. Pagi Sabtu kami bertolak balik dan singgah di Salak Tinggi...jemputan raya dari opismate abah dgn hidangan nasi ayam yang sedap, thanks Ida...

Perjuangan raya masih belum selesai tapi sempat jugak borong tikar dan bunga hiasan di Nilai 3... sampai di Melaka berkejar ke rumah sepupu yang buat open house merangkap house warming... cantik rumah Ina ... luas dan selesa... menu nya pun sedap nasi tomato catering... Masa ni rupa kami anak beranak toksah cerita... janji jemputan dipenuhi...

Sampai di rumah mak semula dah maghrib... sangat penat tapi puashati...

Itulah kisah raya kami...

Minggu berikutnya baru berkesempatan beraya di teratak sendiri... Kawan dan saudara terdekat kami jemput... Alhamdulillah sambutan yang amat sederhana makcik/pakcik, pak andak/mak andak, pakcik manap dan ibu rozie... sepupu2ku dan kawan-kawan mana yang sempat. Terima kasih sebab sudi datang. Disebabkan kekangan masa semuanya sempoi ajer tapi meriah jugak... seronok dapat beraya di rumah sendiri buat kali pertama....

Tapi yang tak bestnya kami tak amik sekeping gambarpun untuk kenang-kenangan...

Adios...






Tuesday, May 12, 2009

Rumput Menghijau









Wah seronoknya. Rumput yang kami tanam dah mula menghijau. Adik dari nursery tu datang hari-hari untuk siram. Mengikut contract memang dia kena pastikan rumput tu tumbuh cantik. Kalau ada rumput yang mati, kena gantilah,... bahagian belakang ni still ada yang masih kuning-kuning waluaupun ada tanda yang dia akan terus hidup. Maklumlah sekarang musim panas. Teruk jugak lah penjagaannya tapi dia cuma siram sekali sehari (sebelah petang) . Ada jugak dia tabur baja. Kalau dilihat betul-betul tanahnya masih beralun... Waduh-waduh...katanya kena biarkan rumput tu tumbuh sekata dulu. Saksikanlah kemudian nanti...



Sunday, May 3, 2009

Review on ADT

Rasanya baru 2 minggu rumah ku di 'activate ADT. Just wanna share the story. Almaklum i ni pun baru ni lah merasa nak tahu pasal ADT. Nobody yang bercerita kat i pun sebelum ni. Masa that dealer dok explain kat husband, i baring -baring landing tak hengat kat bilik...

Hari pertama ADT tu berfungsi... lepas balik dari swimming class kami pun masuk rumah and my husband 'armed' lah rumah dia . Pastu semua anak-anak and husband naik atas nak siapkan diri mandi-mandi dan solat maghrib. I pun terus ke dapur tengok blind masih lum tutup lagi. Tatkala i tarik ajer blind tu jatuh terkena kat papan pemotong. Papan tu terjatuh dan menyebabkan grill bergegar dan alarm pun menjerit-jerit.... Panic tul i masa tu. I lari naik atas dan panggil husband. Anak - anak dalam bilik mandi pun terkejut.... hahaha husband yang tgh syok2 layan diri pun terpaksa berlari kuar... Alkisah masa tu i pun tak tahu lagi cara mematikan dan password alarm... atau malas nak amik tahu... padan muka - the husband said... nasib baik belum link ke polis.. o yer ker!

Kisah kedua ... kali ni dia berbunyi sebab husband lambat tutup pintu kot... lebih dari masa yang kita set... let's say 30 seconds mesti kena kuar dan tutup pintu, kalau tidak alarm akan berbunyi. Kalau bunyi ajer... ADT terus call dan tanya apa yang berlaku... at least kami tahu yang ADT tu efisyen jugak...

Kisah yang ketiga waktu i tengah dalam seminar di Putrajaya, the husband pulak still away menunaikan umrah. i perasan ada one no. yang pelik... i thought no. tu dr oversea. Hp silent masa tu so tak sempat nak pick up... then dapat lagi call no. yg agak familiar.. i pick up the call. Rupa-rupanya the contractor yang buat kerja kat luar rumah tu ... dia kata anak-anak buahnya nyaris tak ditangkap polis. Cerita nya masa diorang buat keje, kena ketuk dinding.. apalagi dia trigger lah alarm. So, polis datang dan nak tangkap anak-anak buahnya yang tengah bekerja di luar rumah i. Itu lah padahnya i tak angkat call, the third contact person pun tak angkat jugak ... haha tengah mc, the fourth pulak sedang bekerja dan tak tahu apa yang berlaku kat rumah i. Diapun suruh ajerlah polis check... So sorry to all the workers...

Anyhow, all these 3 scenarios make me feel better.. mudah- mudahan dijauhkan dari perkara- perkara yang buruk. Amin.
.

Monday, April 27, 2009

Exterior Design - lanscape progress

As expected... ada sedikit rasa tidak puashati dengan kerja-kerja kali ini. A few things which is still not finalised... even though the project had been delayed about two weeks.

~ Our gate - kayu nye nipis bangat - nampak cam plywood ajer ( katanya Nyatoh) ... nyatoh ply lah tu. At first memang rasa marah pun then my husband ada borak2 ngan our neighbour asking her opinion... she responded " ada banglo kat Bukit Beruang kayu pagarnya lebih nipis dari u ..." haha sejuk sikit hati. Yelah mana nak compare that banglo ngn rumah i kan... Kenapa tak pakai kayu cengal? ... hahaha lagi tak mimpi lah...

Then, kami mintak the contractor do something with that 'gate'. Both agreed kalau kami tambahkan iron bar di tengah2 jaringan papan tu supaya papan tidak mudah patah... hope that will be better!

~ Our chipping stone - ni lagi satu ... tak sabar rasanya nak tengok batu tu jadi cantik... we chose that stone sebab kat rumah orang lain nampak cantik tapi di rumah kami ni tak cantik2 lagi. They told us that kena gunakan chemical untuk menjadikannya cantik dan berkilat tapi bila tu ? Sampai sekarang tak kilat2 lagi.

A few more things macam salur air yang tak sesuai, underground piping yang tak betul, tempat gantung pokok bunga yang dah berkali ditunjuk perlu digantung di mana tapi masih salah, tiang pagar yang patah( perlu disimen semula), kerja mengecat yang ntah apa2 dan last but not least... lampu rumah kami ditendang bila cuba on lampu pagar... rasanya ada kena mengena dengan tiang autogate yang dipasang... huwaaaa... tensen gak akak tau. Tapi akak taknak komen lebih2 nanti the husband tensen pulak dengan projeknya tu... and right now dia ada di Madinah menunaikan umrah dah ziarah. Semoga diberi kesihatan yang baik dan beroleh rahmat Allah sentiasa. Amin.

A few picture on the progress...







Thursday, April 23, 2009

Tanam Rumput Karpet - di laman kecil

Tajuk ni amat menarik kalau ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi saya tak berpeluang untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Apa yang akan saya ceritakan adalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menanam rumput di laman rumah.

1. kawasan tanaman/laman

2. saliran

3. jenis rumput

--- Kawasan tanaman termasuk keluasan dan jenis tanah. Apa yang saya perhatikan tanah asal akan dibersihkan, buang semua batu besar, rumput dan lalang, tunggul dan akar-akar nya sekali. Macam kat rumah saya tu saya boleh nampak tanah asal dibersihkan dan semua yang tak perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya sedalam setengah kaki. Jangan masukkan tanah baru dulu (top soil). Biar dulu akar-akar rumpai dan lalang kering dijemur matahari.

---kemudian tanah baru (top soil) dimasukkan. Tanah ni yang biasa kita beli di nursery. Mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat nursery. Biarkan tanah tu mampat dulu. kalau hujan lagi bagus supaya tanah tu padat semula dan taburkan juga selapis tanah pasir di atas top soil tersebut.

--- sekiranya laman luas kena ambil kira pasal saliran. Saiz laman rumah saya tu kecik ajer... So, saliran tak berapa penting cuma kena pastikan tempat air keluar. Disebabkan longkang pun dah ditutup, mereka sediakan saluran paip di bawah lapisan tanah tersebut.

--- Selepas pembersihan tanah, penyediaan tanah baru dan pasir selesai, rumput akan ditanam. Paling mudah kalau kita tanam rumput secara penuh dia akan tumbuh sekata. Katanya rumput jenis 'japanese' adalah lebih baik berbanding dengan 'philipines' sebab dia tumbuh 'mendatar' berbanding dengan rumput 'philipines' yang tumbuh 'menegak.' Ini apa yang diterangkan tapi i belum nampak hasilnya lagi...

--- Tapi sebelum rumput ditanam adalah lebih baik sekiranya satu lapisan 'sabut' diletakkkan diatas lapisan pasir tadi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa penyerapan air. Terdapat jenis tanah yang susah menyerap air. Disini fungsi sabut untk mengekalkan kelembapan tanah supaya rumput tumbuh dengan baik.

--- Rumput yang ditanam perlu disiram dan dibaja. Pastikan air yang mencukupi sekiranya musim panas. Pada awalnya rumput yang baru ditanam nampak beralun disebabkan lapisan tanah kepingan rumput yang dipotong tidak sekata. Biarkan rumput tumbuh menutupi semua ruang tanah. Kemudian potong rumput untuk kali pertama untuk mendapat hasil yang cantik.


Selamat mencuba !

Wednesday, April 8, 2009

Meja Makan - 8 kerusi





Baru berkesempatan nak cerita pasal meja makan yang kami beli... cerita pasal sofa dah selesai - tak payah fikir lagilah nak yang macam mana. Bab meja makan ni pun satu, memang aku plan nak yang comel2 ajer... walaupun 8 seater tapi yang saiz kecil. Sekali bila dah berkenan hah amik ko... besar gedabak... Bilik makan kami tu kecil ajer. Muat-muat untuk meja makan. Kalau tengok kayu nya memang puashati... kira okaylah tu tapi disebabkan ianya lebar boy selalu naik atas meja bila nak makan...

NASH 'n' Masakan Warisan Melaka



Nash dan sorang 'makcik' ni... aku respek betullah bila Nash hulur mic terus dia boleh nyanyi... husband pakai songkok haji dok sebelah pulak tu. Sporting habis. Kot aku lah kalau Nash tonyoh mic kat aku - musti aku dok geleng-geleng sapi ... hahaha suara ada tapi untuk musabaqah ajer...




Gambar Nash dan K. Wan Maimunah berjoget - Baju kuning dari urusetia.

Hari Sabtu petang biasanya bila hantar kakak dan babyke swimming class, kami ada satu setengah jam untuk jalan2 ... Tu dia... kat Bandar Hilir ni memang seronok - ada banyak aktiviti... tempatnya nyaman sekali walaupun dah banyak perubahan berlaku dari zaman aku sekolah dulu-dulu (ingat lagi support ragbi kat Padang Pahlawan)- kebetulan sekolah kami kalah dan boys salahkan kami sebab tak pandai bagi support. Yelah pun - seingatnya kami memang kepingin nak outing je yang lebih nya pada masa tu...

Pesta Masakan Warisan - sedap namanya kan... selain daripada mengingat kan anak-anak muda generasi baru tentang masakan dan makanan warisan termasuk cara penyediaannya - ia juga bertujuan untuk menarik pelancong yang tak putus -putus menziarah Melaka World of Heritage...

Kadang-kadang rasa bangga jugak jadi anak jati Negeri Melaka... tapi bila terlalu ramai orang luar pun tak berapa selesa jugak... tak macam-macam dulu-dulu- seharian lepak kat bandahilir pun tak terasa. Sekarang kawasan nya sesak dan padat... lalulintas pun sesak serta susah nak parking... Mudah-mudahan pihak yang sepatutnya dapat merancang pembangunan kawasan sekitar bandarHilir dengan baik dan terancang.

Masa ni kami ada beli ikan bilis pintal - kata nya takde kat tempat lain. Bolehlah having as snack di waktu minum petang.

Sesiapalah yang belum pernah sampai ke Melaka - jom turun Melaka ramai-ramai!

Sunday, March 29, 2009

Laman- progress II

Tapak Wakaf

Kotor betul kawasan porch tu. Semalam berlaku kerja-kerja drilling lagi untuk wiring lampu taman dan autogate.






Gambar- gambar progress lanscaping - Selepas masukkan paip di dinding dan di longkang, semua lubang air di tutup. Begitu juga dengan longkang dah habis kena timbus dek tanah. Mula-mula bawak masuk tanah dan kemudian ditimbus pula dengan pasir untuk lapisan atas tanah tersebut.
Nanti kanlah progress seterusnya.

Rumah ku jadi sangat kotor. Oh debu di sana- sini. Tapi yang aku bimbangkan apakah kesudahan lanskap ku nanti. Tak sabar rasanya harap-harap ni adalah projek terakhir the husband. Tak tahan rasanya every weekend akan ada orang datang rumah and collect payment esp. Hahaha alangkah bagus kalau hujung mingguku tak diganggu...

Wednesday, March 25, 2009

Half Leather Sofa

Sofa oh sofa... lama jugak kami mencari sofa ni. Almaklum nak cari harga yang berpatutan. Kalau nak yang cantik memang banyak untuk mereka yang berduit lah kan. So, ini akhirnya.... sofa yang kami pilih. Lebih kurang sebulan yang lalu rumah kami dah bersofa ... taklah duduk atas lantai lagi ! Sofa's specs - half leather, half PVC ( katanya sesuai untuk kami yang ramai anak). Tu belum tengok Boy melompat atas sofa lagi... , colour - dark but not black - it is more to dark brown kot-





--- Selesa untuk menonton ....

..... kartun ... (TV husband beli kat Harvey Norman... - jauh tu... kuang kuang kuang)