___________________________________________________

MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA

Monday, April 27, 2009

Exterior Design - lanscape progress

As expected... ada sedikit rasa tidak puashati dengan kerja-kerja kali ini. A few things which is still not finalised... even though the project had been delayed about two weeks.

~ Our gate - kayu nye nipis bangat - nampak cam plywood ajer ( katanya Nyatoh) ... nyatoh ply lah tu. At first memang rasa marah pun then my husband ada borak2 ngan our neighbour asking her opinion... she responded " ada banglo kat Bukit Beruang kayu pagarnya lebih nipis dari u ..." haha sejuk sikit hati. Yelah mana nak compare that banglo ngn rumah i kan... Kenapa tak pakai kayu cengal? ... hahaha lagi tak mimpi lah...

Then, kami mintak the contractor do something with that 'gate'. Both agreed kalau kami tambahkan iron bar di tengah2 jaringan papan tu supaya papan tidak mudah patah... hope that will be better!

~ Our chipping stone - ni lagi satu ... tak sabar rasanya nak tengok batu tu jadi cantik... we chose that stone sebab kat rumah orang lain nampak cantik tapi di rumah kami ni tak cantik2 lagi. They told us that kena gunakan chemical untuk menjadikannya cantik dan berkilat tapi bila tu ? Sampai sekarang tak kilat2 lagi.

A few more things macam salur air yang tak sesuai, underground piping yang tak betul, tempat gantung pokok bunga yang dah berkali ditunjuk perlu digantung di mana tapi masih salah, tiang pagar yang patah( perlu disimen semula), kerja mengecat yang ntah apa2 dan last but not least... lampu rumah kami ditendang bila cuba on lampu pagar... rasanya ada kena mengena dengan tiang autogate yang dipasang... huwaaaa... tensen gak akak tau. Tapi akak taknak komen lebih2 nanti the husband tensen pulak dengan projeknya tu... and right now dia ada di Madinah menunaikan umrah dah ziarah. Semoga diberi kesihatan yang baik dan beroleh rahmat Allah sentiasa. Amin.

A few picture on the progress...







Thursday, April 23, 2009

Tanam Rumput Karpet - di laman kecil

Tajuk ni amat menarik kalau ditulis berdasarkan pengalaman sendiri. Tapi saya tak berpeluang untuk mendapatkan pengalaman tersebut. Apa yang akan saya ceritakan adalah berdasarkan pemerhatian saya sahaja.

Beberapa perkara perlu diambil kira sebelum menanam rumput di laman rumah.

1. kawasan tanaman/laman

2. saliran

3. jenis rumput

--- Kawasan tanaman termasuk keluasan dan jenis tanah. Apa yang saya perhatikan tanah asal akan dibersihkan, buang semua batu besar, rumput dan lalang, tunggul dan akar-akar nya sekali. Macam kat rumah saya tu saya boleh nampak tanah asal dibersihkan dan semua yang tak perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya sedalam setengah kaki. Jangan masukkan tanah baru dulu (top soil). Biar dulu akar-akar rumpai dan lalang kering dijemur matahari.

---kemudian tanah baru (top soil) dimasukkan. Tanah ni yang biasa kita beli di nursery. Mungkin boleh dapatkan khidmat nasihat nursery. Biarkan tanah tu mampat dulu. kalau hujan lagi bagus supaya tanah tu padat semula dan taburkan juga selapis tanah pasir di atas top soil tersebut.

--- sekiranya laman luas kena ambil kira pasal saliran. Saiz laman rumah saya tu kecik ajer... So, saliran tak berapa penting cuma kena pastikan tempat air keluar. Disebabkan longkang pun dah ditutup, mereka sediakan saluran paip di bawah lapisan tanah tersebut.

--- Selepas pembersihan tanah, penyediaan tanah baru dan pasir selesai, rumput akan ditanam. Paling mudah kalau kita tanam rumput secara penuh dia akan tumbuh sekata. Katanya rumput jenis 'japanese' adalah lebih baik berbanding dengan 'philipines' sebab dia tumbuh 'mendatar' berbanding dengan rumput 'philipines' yang tumbuh 'menegak.' Ini apa yang diterangkan tapi i belum nampak hasilnya lagi...

--- Tapi sebelum rumput ditanam adalah lebih baik sekiranya satu lapisan 'sabut' diletakkkan diatas lapisan pasir tadi. Ini bertujuan untuk meningkatkan kuasa penyerapan air. Terdapat jenis tanah yang susah menyerap air. Disini fungsi sabut untk mengekalkan kelembapan tanah supaya rumput tumbuh dengan baik.

--- Rumput yang ditanam perlu disiram dan dibaja. Pastikan air yang mencukupi sekiranya musim panas. Pada awalnya rumput yang baru ditanam nampak beralun disebabkan lapisan tanah kepingan rumput yang dipotong tidak sekata. Biarkan rumput tumbuh menutupi semua ruang tanah. Kemudian potong rumput untuk kali pertama untuk mendapat hasil yang cantik.


Selamat mencuba !

Wednesday, April 8, 2009

Meja Makan - 8 kerusi





Baru berkesempatan nak cerita pasal meja makan yang kami beli... cerita pasal sofa dah selesai - tak payah fikir lagilah nak yang macam mana. Bab meja makan ni pun satu, memang aku plan nak yang comel2 ajer... walaupun 8 seater tapi yang saiz kecil. Sekali bila dah berkenan hah amik ko... besar gedabak... Bilik makan kami tu kecil ajer. Muat-muat untuk meja makan. Kalau tengok kayu nya memang puashati... kira okaylah tu tapi disebabkan ianya lebar boy selalu naik atas meja bila nak makan...

NASH 'n' Masakan Warisan Melaka



Nash dan sorang 'makcik' ni... aku respek betullah bila Nash hulur mic terus dia boleh nyanyi... husband pakai songkok haji dok sebelah pulak tu. Sporting habis. Kot aku lah kalau Nash tonyoh mic kat aku - musti aku dok geleng-geleng sapi ... hahaha suara ada tapi untuk musabaqah ajer...




Gambar Nash dan K. Wan Maimunah berjoget - Baju kuning dari urusetia.

Hari Sabtu petang biasanya bila hantar kakak dan babyke swimming class, kami ada satu setengah jam untuk jalan2 ... Tu dia... kat Bandar Hilir ni memang seronok - ada banyak aktiviti... tempatnya nyaman sekali walaupun dah banyak perubahan berlaku dari zaman aku sekolah dulu-dulu (ingat lagi support ragbi kat Padang Pahlawan)- kebetulan sekolah kami kalah dan boys salahkan kami sebab tak pandai bagi support. Yelah pun - seingatnya kami memang kepingin nak outing je yang lebih nya pada masa tu...

Pesta Masakan Warisan - sedap namanya kan... selain daripada mengingat kan anak-anak muda generasi baru tentang masakan dan makanan warisan termasuk cara penyediaannya - ia juga bertujuan untuk menarik pelancong yang tak putus -putus menziarah Melaka World of Heritage...

Kadang-kadang rasa bangga jugak jadi anak jati Negeri Melaka... tapi bila terlalu ramai orang luar pun tak berapa selesa jugak... tak macam-macam dulu-dulu- seharian lepak kat bandahilir pun tak terasa. Sekarang kawasan nya sesak dan padat... lalulintas pun sesak serta susah nak parking... Mudah-mudahan pihak yang sepatutnya dapat merancang pembangunan kawasan sekitar bandarHilir dengan baik dan terancang.

Masa ni kami ada beli ikan bilis pintal - kata nya takde kat tempat lain. Bolehlah having as snack di waktu minum petang.

Sesiapalah yang belum pernah sampai ke Melaka - jom turun Melaka ramai-ramai!