___________________________________________________

MUDAHNYA MENJANA PENDAPATAN UNTUK SURIRUMAH SEPERTI SAYA

Sunday, March 29, 2009

Laman- progress II

Tapak Wakaf

Kotor betul kawasan porch tu. Semalam berlaku kerja-kerja drilling lagi untuk wiring lampu taman dan autogate.






Gambar- gambar progress lanscaping - Selepas masukkan paip di dinding dan di longkang, semua lubang air di tutup. Begitu juga dengan longkang dah habis kena timbus dek tanah. Mula-mula bawak masuk tanah dan kemudian ditimbus pula dengan pasir untuk lapisan atas tanah tersebut.
Nanti kanlah progress seterusnya.

Rumah ku jadi sangat kotor. Oh debu di sana- sini. Tapi yang aku bimbangkan apakah kesudahan lanskap ku nanti. Tak sabar rasanya harap-harap ni adalah projek terakhir the husband. Tak tahan rasanya every weekend akan ada orang datang rumah and collect payment esp. Hahaha alangkah bagus kalau hujung mingguku tak diganggu...

Wednesday, March 25, 2009

Half Leather Sofa

Sofa oh sofa... lama jugak kami mencari sofa ni. Almaklum nak cari harga yang berpatutan. Kalau nak yang cantik memang banyak untuk mereka yang berduit lah kan. So, ini akhirnya.... sofa yang kami pilih. Lebih kurang sebulan yang lalu rumah kami dah bersofa ... taklah duduk atas lantai lagi ! Sofa's specs - half leather, half PVC ( katanya sesuai untuk kami yang ramai anak). Tu belum tengok Boy melompat atas sofa lagi... , colour - dark but not black - it is more to dark brown kot-





--- Selesa untuk menonton ....

..... kartun ... (TV husband beli kat Harvey Norman... - jauh tu... kuang kuang kuang)

Laman in progress...


Tak sabar rasanya nak tengok laman kami berubah wajah. The project had been started last week. Still remember yang i kononnya berangan nak buat laman tu sendiri. Tapi husband lagi senang serahkan pada orang untuk siapkan semua sekaligus. Harap semuanya berjalan lancar.

Rugi rasanya tak dapat snap a few photo on the progress. Actually, the first step adalah membersihkan kawasan laman. Tanah dan batu-batu dibawa keluar. Tanah yang dibersihkan lebih kurang setengah kaki jugak kot.

Then, they proceed with the piping. Hole yang di dinding pagar tu akan ditutup. So, terpaksalah buat kan paip untuk laluan air nanti. Masa diskus kami minta supaya ditutup jugak longkang (drain) di sekeliling rumah. I've no idea apa yang akan dilakukan sebab this time they all cuma explain by words- no 3D design or sketch like before. End up i cuma angguk aje on what they explain. Because of that jugak rasa stress nak tengok the real implementation memang sangat -sangat terasa. Bukan tak yakin dengan the contractor yang kami pilih tapi lebih kurangnya begitulahkan... ada sedikit debaran di situ- because this contractor tak tunjukkan testimoni yang banyak... ada satu yang disebut ialah JPJ Melaka... i always pray for the best!

Back to the 'drain' ., yang i nampak dia masukkan salur air yang agak besar dalam 6-8 inci... memang nampak besar. Untill last weekend, setakat buat tapak simen. A few part yang perlu disimen. This coming Saturday, I'll try to make it in photograph. Baru lah nampak apa yang nak diceritakan. Betul tak?

Sedikit preview on what we'll plan it to be... sorry to say yang i tak masukkan apa-apa water features even though they propose it at the beginning. It's about me yang tak yakin boleh keep it alive... haha... Lately i actively involved in QE (Quality Environment) practice. Apa yang saya nampak bila ada water features keadaannya agak kurang terjaga. Mungkin cantik masa ia baru dibina/di wujudkan tapi bila kurang perhatian aje keadaan sungguh tak selesa dipandang... So, bila i teringin nak ada that water features i'll make it small and easy maintain- orait tak?

Kami jugak teringin nak ada sebuah wakaf. Of courselah wakaf tu tersangatlah comelnya because saiz tanah kami sangat terhad.

Next kami juga idamkan tempat barbeque... kununnya cam villa kami di Saudi... Villa yang dipinjamkan sementara. Masih kami terasa. Anak-anak pun tak habis bercerita... Keadaannya sangat tenang, segar dan indah. Berjalan di sekeliling compound pada waktu petang dengan angin sepoi-sepoi bahasa (jangan lah jalan masa summer- huhu). Apa-apapun hujan emas di negeri orang kan...

Afterthat kami jugak teringin nak ada rumput yang hijau. --- kununnya untuk anak2 bermain. Untuk anak-anak berlari rasanya tak cukup tanah.

Pastu kami jugak nak ada tempat bersantai... di waktu petang dan malam....

To conclude it saksikan lah apa kesudahannya...

Bye for now...


Friday, March 13, 2009

Curtain fair II

***edited

lagi gambar langsir di 'guest room' dan jugak 'utility room'







--- kata K. Ya** - diamond shape ni hasil rekaan dia yang terkini. Lepas pasang di rumah kami dah ada orang mintak that pattern...








---- Sliding door.... ( pattern GOBLET) - warnanya so very the boring. My husband said ala-ala hotel gitu ... nak sedapkan hati sendiri lah tu.






Gambar langsir untuk tingkap corner --- still kain dengan corak yang sama cuma menggunakan pattern ROMAN BLIND....








Baywindow--- alahai ada saje model tak berbayar.


Gambar - gambar curtain kat living --- untuk tatapan.

Wednesday, March 11, 2009

Wakaf sekitar KAMSIS






Gambar wakaf ni pun diambil masa Audit QE sekitar KAMSIS. Cantik betul wakaf2 tu untuk pelajar bersembang dan belajar. Setiap wakaf berharga lebih kurang 25 k . Boleh buat sebijik kat rumah saya tak? Masa zaman saya belajar dulu demam wakaf ni tak ada lagi. Tapi sekarang kat mana-mana orang bina wakaf even kat kedai makan sekalipun telah 'diwakafkan' ( heheh!) . Anak-anak gemar makan bersila di atas wakaf. Indah sekali tu...

The Purple ....


Nampak pokok ni masa berpeluh-peluh buat Audit QE untuk kawasan persekitaran kampus. Rasa cantik pulak bila tengok pokok yang macam sang ranting aje tu berbunga purple. Indah nya Ciptaan ALLAH! Alhamdulillah...

Tuesday, March 10, 2009

Bilik Boy, Katil Boy


Ni jelah yang mampu kami sediakan untuk Boy. Sebelum ni Boy ada mintak katil F1 tapi puas sudah kami survey takde yang menarik sangat. So, kami pujuk Boy supaya sukakan pattern yang ini. Bukan senang nak pujuk Boy. Masa mula -mula tunjuk katalog dia kata nak katil kereta jugak... So, we all balik dulu tak jadi beli. Then kami umpan lagi, yang dia boleh susun koleksi kete yang dia ada kat atas rak ..and boleh simpan buku dalam kabinet dia sendiri...

2 minggu Boy amik masa sebelum setuju untuk beli katil ni... Akhirnya Boy setuju... Yang kelakar bila di kedai Boy taknak balik selagi katil tu tak dibawa balik sekali. Mana nak bawak katil naik kereta. At first tokeh kedai nak bagi yang baru - one week baru boleh hantar tapi disebabkan Boy mengamuk sakan , terpaksa bagi display unit- sib baik yang baru pasang and takde apa2 defect lagi. Oh bujang ku sorang ... banyak karenah nya.

Monday, March 9, 2009

Set Kayu Resak







Yippi....!!! Sampai jugak akhirnya set kayu resak yang the husband idam-idamkan. Before this saya ada cerita yang dia minat this set masa we pi survey kat Perabot Terpakai Singapura. Tak sangka pulak dia betul-betul nak beli. Seronok lah dia. Actually wanna put the bench set outside tapi kat luar tu belum siap lagi kan. Baru dalam process lukis- melukis apa yang nak dibuat. So, just put kat dalam dulu...Wah seronok tau dapat kerusi. All this while we all dok atas lantai je tau...

Yang paling seronok ialah Syira sebab dia boleh berlatih walking skill dia dengan menyusur di keliling kerusi dan meja... Yang penting model iklan kerusi tu... susah nak cari maa....